BAB 22

41 3 22
                                    

"Arghh !!" Tolak Cyra sehingga terjatuh.

"Aduh" Adu Carlo. Cyra dengan laju terus menekup mulutnya.

"Alamak tertolak pulak" Gumam Cyra perlahan. Carlo dengan segera bangun dari baringnya akibat ditolak oleh Cyra lalu kembali duduk di atas kerusinya semula. Cyra terus menyelubung selimutnya. Takut dengan tatapan yang diberi oleh Carlo kepadanya.

"Kau pandang aku" Kata Carlo dengan dingin. Cyra yang masih menyulubung itu hanya menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Kang geleng laju bertambah lagi sakit bahunya.

"Cyra Eyreesha" Panggil Carlo dengan nama penuh.

"Woii dia tahu mana nama aku" Bisik Cyra perlahan lalu Cyra mahu membuka selimutnya dari menyelubung tetapi dia terus membatalkan niat itu. Takut.

"Aku cakap sekali lagi pandang aku" Kata Carlo senada. Cyra tetap berkeras tidak mahu menatap Carlo.

"Tak nak. Takut" Jujur Cyra dengan tubir air matanya bertakung. Carlo terus menarik selimut Cyra sehingga dia terperasan air mata Cyra bertakung.

"Kau dah kenapa" Tanya Carlo walaupun kedengaran seperti prihatin tetapi nada suaranya tetap beku seperti tiada nada. Cyra terus bangun dari baringnya lalu memandang Carlo.

"Awak laa"

"Aku ?" Berkerut dahi Carlo.

"Ish awak laa. Marah marah, saya tak sengaja je pun" Kata Cyra. Entah mengapa dia tidak berani dengan Carlo seperti Hayyi dan lain-lain.

"Aku suruh kau pandang aku, bukan aku marah" Jawab Carlo. Cyra pandang Carlo beberapa saat lalu kembali memandang kain selimutnya kemudian dia bermain di hujung selimut itu.

"Tapi suara awak tu dah macam nak marah. Saya takut" Kata Cyra dengan sisa air matanya. Carlo mengeluh seketika lalu kembali memandang Cyra.

"Sekarang kau pandang aku. Kau buat apa tadi dekat aku" Carlo hanya mengabaikan sahaja kata Cyra. Cyra memandang Carlo.

"Tolak" Jawab Cyra.

"Lepastu kau kena cakap apa"

"Sorry" Ucap Cyra perlahan.

"Apa ? Aku tak dengar" Kata Carlo lalu mendekatkan sedikit telinganya ke arah Cyra.

"Sorry" Ulang Cyra sekali lagi.

"Apa ?"

"Sorry sebab dah tertolak awak sampai awak jatuh" Jerit Cyra dengan kuat.

"Lagi ?" Tanya Carlo senada.

"Huh ?!" Blur Cyra. Carlo mengangkat keningnya sedikit. Cyra ligat berfikir lalu mengaru kepalanya sendiri yang berlapikkan tudungnya.

"Sorry jugak sebab terbaling kasut dekat awak. Tapi bukan saya sengaja. Saya baling dekat Rezel je bukan awak" Kata Cyra mahu mempertahankan dirinya.

"Tapi kena aku" Balas Carlo.

"Yang awak duduk situ tak mengelak dah kenapa !" Marah Cyra.

"Jadi bukan salah saya laa" Sambung Cyra lagi. Carlo hanya diam malas mahu melayan. Dia kena duduk situ pun kerana terpaksa. Cyra hanya memerhati sahaja Carlo yang diam itu sambil bermain telefon bimbitnya lalu Cyra ternampak satu bungkusan makanan dan minuman yang ditinggalkan oleh Hayyi di atas meja bersebelahan katilnya. Cyra memandang pula ke arah Carlo.

"Ermm awak" Panggil Cyra. Carlo hanya diam tidak menyahut. Cyra berdecit perlahan lalu berura mahu turun dari katilnya.

"Kau duduk situ" Kata Carlo dingin lalu dia berjalan mengambil makanan dan minuman itu lalu diberikan kepada Cyra. Cyra memandang Carlo tidak berkelip.

SWEETIE PIE PRINCIPESSA (HIATUS + IN EDITING)Where stories live. Discover now