BAB 23

37 2 23
                                    

Seusai sahaja Cyra pulang ke rumah bersama Hayyi dengan secara paksa walaupun dia tetap berkeras mahu pulang bersama Adara tetapi apakan daya Hayyi tetap memaksa Cyra untuk naik kereta pulang bersamanya. Nak atau tak nak Cyra tetap perlu mengikut juga kata Hayyi sambil memasuki ke dalam rumahnya sambil menghentak hentakkan kakinya ke lantai tanda protes. Hayyi yang masih berada di luar itu hanya menggelengkan beberapa kali kepalanya lalu dia menoleh ke arah kereta Adara yang baharu sahaja memasuki perkarangan rumah itu.

Tanpa melengahkan masa Hayyi dan Adara terus berjalan masuk ke dalam rumah lalu Hayyi melabuhkan duduknya di tepi Cyra yang berada di atas sofa dengan mata tidak lepas memandang diri Hayyi dengan tajam. Adara sudah pun naik ke tingkat atas.

Hayyi memandang sekelilingnya lalu memandang Cyra beberapa saat kemudian dia mengambil remote TV di atas meja dan membuka siaran yang menarik di kaca TV. Lama dirinya berasa ada seseorang memerhati dirinya dari tepi lalu dia terus mengubah posisi menghadap orang yang sedang memerhati dirinya A.K.A adiknya sendiri. Cyra.

"Kau kenapa !? Pandang aku tak puas hati asal" Soal Hayyi dengan dahi berkerut sambil mengangkat keningnya sedikit.

"Haah. Ada. Memang tak puas hati. First kau kan, abang Hayyi, kau tak habis-habis paksa aku naik dengan kau. Aku dah laa nak borak dengan Dara. Second, semalam. Haa semalam, eyy itu memang aku tak puas hati... Kau langgar aku, mati hidup balik sekalipun, memang aku tak puas hati. Tak yang kau suruh si siapa tu, Carlo tu laa. Yang kau bagi dia jaga aku apa pasal !! Buang tebiat ke apa ! Dia dah laa kerjakan aku, usik usik aku pulak" Marah Cyra.

"Huh ?! Dia usik ? Usik apa ?" Tanya Hayyi dengan senyuman nakal. Tidak pernah Carlo tu nak usik orang sesuka hati tambah tambah lagi perempuan. Cyra kembali terdiam buntu nak beri jawapan.

"Arghh ! Takda apa-apa lah abaikan !" Dalih Cyra. "Tak yang kau ni pergi arr balik.. Kau dah hantar aku dah kan. Ni duduk rumah aku lak. Ni rumah perempuan tau"

"Ekk aku nak jaga adik aku pun tak boleh ke ?" Hayyi terus bangun dari sofa dan berbaring di atas lantai sambil melayan cerita di kaca TV. Cyra yang masih tercengang itu terus mengedipkan matanya beberapa kali.

"Woii ni bukan jaga laa... Ni kau sengaja nak duduk sini nak layan cerita" Marah Cyra. Ingatkan nak jaga adik rupanya nak layan cerita.

"Hah ? Apa ? kau nak urut aku. Ohh boleh boleh urut kepala aku takpun bahu penat laa bawak kau. Haa bak bantal sofa tu" Hayyi sengaja buat-buat tidak dengar.

Cyra menghulurkan bantal sofa itu ke arah Hayyi.

"Haa urut cepat. Kepala kepala" Arah Hayyi yang dalam hatinya sudah gelak sakan.

"TAK NAK !!!" Jerit Cyra ditepi telinga Hayyi.

"Arhh woii berdesing telinga aku laa gila" Hayyi terus melarikan telinganya dari jeritan Cyra ditepi telinganya.

"Padan muka kau. Siapa suruh arah arah aku untuk urut kepala kau. Dah aku naik atas dulu. Taknak arghh layan kau. Kau gila, kau abang yang tidak berperikemanusian" Cyra terus berjalan naik ke tingkat atas. Hayyi memandang Cyra dengan mata tidak berkedip.

"Aik ? Aku suruh urut kepala tu pun dikira tidak berperikemanusian ke ??" Kata Hayyi seorang diri. "Argh biarlah yang penting aku nak tengok cerita"

"Assalamualaikum kami datang nak beraya" Panggil Lheo dari luar.

"Ish kau ni" Pukul Kayden dibahu Lheo. "Puasa pun belum dah nak raya" Lheo mengusap bahunya yang dipukul.

"Sakit laa.. Jangan laa pukul pukul" Marah Lheo dengan manja.

"Ehh takpa laa kita tukar. Assalamualaikum kami datang nak duit. Haa amacam ok. Baru laa ada duit dekat tangan, kan..." Kata Fawwas dengan senyuman.

"Haa betul jugak kalau kita dapat duit aku boleh tolong korang bertiga beli batu nisan. Tak lama hidup korang ni ish ish ish. Dah aku masuk lu cau" Celah Carldrillo lalu berjalan masuk ke dalam rumah itu.

SWEETIE PIE PRINCIPESSA (HIATUS + IN EDITING)Where stories live. Discover now