Seusai sahaja mereka semua tiba di mall... Mereka semua terus turun dari kereta dan berjalan memasuki ke dalam mall. Hasher juga turut mengikuti langkah mereka. Carldrillo yang berjalan dengan tangan di masukkan ke dalam kocek seluarnya hanya memandang ke arah Hasher yang berada di tepi Cyra dengan pandangan yang tajam. Hasher yang terasa dirinya diperhatikan oleh Carldrillo terus dia memandang ke arah Carldrillo dengan tanda tanya sambil berjalan di dalam mall itu.
"Apa kau !! nak gaduh" Kata Carldrillo kepada Hasher dengan gerakan mulut lalu dia menjeling Hasher dengan tajam dan terus berjalan dengan laju meninggalkan Hasher dengan yang lain.
Cyra mengerutkan keningnya tatkala melihat Carldrillo berjalan laju meninggalkan mereka semua di belakang. Entah kemana laa dia nak pergi tu.
"Tu mesti tak puas hati lagi tu pasal kes tadi" Kata Lheo yang berada di sebelah Cyra sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali. Cyra pandang Lheo di sebelahnya dengan muka tanda tanya.
"Huh ? Kes tadi ? Kes apa" Tanya Cyra. Tetiba otaknya jem sekejap.
"Haih.. you ni... Kan tadi Hash ada main lawak-lawak dengan Carldrillo kata Carldrillo tak handsome" Jawab Lheo.
"Ooooo... Takkan laa itu pun nak merajuk" Kata Cyra lalu mencari kelibat Carldrillo. 'Ehh hilang dah dia tu'
"Nak kata merajuk ye jugak.. Tapi tak pun. Dia lebih kepada tak puas hati.. Yela mata dia dah warna biru cantik-cantik macam tu.. Lepastu boleh pulak orang cakap dekat dia tak handsome. Budak pulak tu" Balas Lheo bersama senyuman kecil. Ingin tertawa melihat Carldrillo.
"Ehh kenapa mata Carldrillo warna biru ?? Sedangkan Carlo warna hijau ?" Tanya Cyra saja ingin tahu. Mereka tetap dengan langkahan mereka berjalan di mall itu.
"Ouh Carldrillo ikut mata ayah dia. Carlo pulak ikut mata maknya. Cantikkan. Itu laa Carlo dia okey sikit tapi tak okey jugak sebab asyik serious jee eisshh... Yang Carldrillo lak entah mana laa dia ikut perangai tu. Maybe pungut" Gelak Lheo.
"Ishh awak ni Lheo tak baik laa kata macam tu" Marah Cyra kepada Lheo.
"Aiii you ni.. Marah-marah I nampak. Takpee.. Kite mengadu dekat abang you..." Kata Lheo lalu berura-ura mahu pergi ke arah Hayyi.
"Eihh Lheo... Okey okey. Sebenarnya saya tak kisah pun awak nak mengadu sekali dekat abang saya sebab.. abang saya akan buat tak endah pun dekat awak" Ujar Cyra dengan bangga.
"Ouhh really ?? Let's see" Lalu Lheo terus berjalan ke arah Hayyi. Cyra hanya memerhati sahaja tingkah Lheo yang mengadu pada Hayyi.
"Cyra... Kenapa kau marah Lheo ?!" Terkejut Cyra mendengar Hayyi memarahi dirinya.
"Apakah ??" Gumam Cyra perlahan. Walaupun Hayyi tidak memarahinya dengan kasar tetapi dia terkejut. Lheo hasut apa ni dekat Hayyi.
"Huh ?? Mana ada marah, aku tak marah Lheo pun laa" Jawab Cyra.
"Sudah laa.. Jom kita nak pergi mana ?" Celah Kayden lalu memandang Cyra. Lheo hanya ketawa sahaja melihat muka cemberut Cyra.
"Hah ! Bunny jom kita pergi makan dulu nak. Lepastu shopping" Cadang Fawwas kepada Cyra.
"Uuu best jugak tu Fawwas. Jom laa.. Cyra tak nak kawan dengan Lheo" Setuju Cyra sesekali dijelingnya Lheo.
"Akak Cyra..." Selit Hasher sambil mengoyangkan tangan Cyra.
"Iyee kenapa Hasher.." Cyra memandang ke arah Hasher.
"Akak kan dah janji nak buat kek batik dekat Hash.." Rengek Hasher.
"Ouhh haah laa matahari... Aku pun nak jugak... Rindu laa kek batik kau" Aisy yang terdengar itu sebok menyelit Hasher dan Cyra bercakap.
Cyra hanya menjeling Aisy lalu kembali memandang Hasher.
YOU ARE READING
SWEETIE PIE PRINCIPESSA (HIATUS + IN EDITING)
RandomCyra eyreesha adalah seorang gadis yang sangat cantik dan comel tetapi ada kalanya mulutnya seperti peluru berpandu mengalahkan makcik bawang diluar sana ... apabila dia sudah bertemu dengan kawan lelakinya ibarat macam keluarganya sendiri .. haa di...