"Ermphh nasib baik. Ok laa aku nak sambung buat kerja tata." Kata Cyra lalu mengutip cawan minuman dan pingan yang berada di atas meja itu dan membawa dengan wajah yang ceria.
Sedang Cyra berada di pantri cafe. Cyra teringat akan sesuatu
"Woii woii. Kejap kejap dia dapat dari mana sticky note tu !! Ini tak lain tak bukan mesti dalam beg aku ni" Bisik Cyra lalu mengambil beg galasnya di belakang cafe dan mengambil sticky note nya.
"Ermm sah laa tu sticky note aku, dah laa sama. Memang sah sticky note aku erghh !.. aku baru je beli dia dah rasmi dulu eyy aku cincang kau kang. Pandai-pandai suka suki dia je perosek beg aku masa aku tak dak dekat situ aihh. Dia ada ambik apa-apa lagi ke" Kata Cyra lalu mencari barangnya di dalam beg takut-takut jikalau Carlo mengambil barangnya. Berkerut dahi Cyra tatkala perasan sticky notenya terlekat elok di skrin telefon bimbitnya lalu Cyra terus mencabut sticky note itu dari skrin telefonnya dan membaca apa yang tertulis di atas sticky note itu.
'Don't worry, I won't even take your stuff'
Baca Cyra lalu kembali membaca ayat yang tertulis di bawah sekali
'which is very boring'
Baca Cyra dengan menyampah lalu dia menyimpan sticky note itu ke dalam buku yang sering dia bawa ke mana sahaja.
"Baguslah kalau bosan. Tak dak laa kau nak ambik barang aku kan kan." Kata Cyra seorang diri lalu kembali ke hadapan cafe. Seorang lelaki cina berjalan ke arah kaunter cafe.
"Hai, selamat datang" Sapa Cyra kepada lelaki cina itu.
"Hai, I nak iced latte satu" jawabnya bersama senyuman.
"Baik." Balas Cyra juga bersama senyuman. Lelaki itu hanya tersenyum lalu bergerak ke meja yang berdekataan dan duduk disitu.
"Erghh. Sial. Terlepas lagi aku" Katanya sambil membuka cermin mata hitamnya dan menghempaskan ke atas meja itu dengan kasar lalu kemudian dia menghentak meja itu dengan kuat. Cyra yang masih menyiapkan minuman iced latte itu sedikit tersentak dengan bunyian hentakan di atas meja lalu dia memandang ke arah hadapan.
"Aihh sapa pulak yang hentak hentak ni. Ana tahu ente stress tapi sabor" Kata Cyra dengan perlahan kepada orang yang menghentak meja itu tadi. Entah siapa laa yang hentak meja pun Cyra tidak tahu. Cyra datang ke arah lelaki itu tadi bersama iced latte yang dipinta oleh lelaki itu.
"Have a nice day" Kata Cyra selepas meletakkan minuman itu ke atas meja bersama senyuman dihadiahkan kepada lelaki itu. Lelaki itu hanya membalas senyuman Cyra dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
"Macam mana dia tahu kita ada dekat cafe tu ?!!" Tanya Kayden dengan suara dinaikkan sedikit kepada Ryan, Carlo, Carldrillo, Hayyi, Aisy, Lheo dan Fawwas.
"I can't answer your question" Balas Ryan.
"Arghhh !!" Jerit Carldrillo dengan tangan cuba mengusutkan rambutnya.
"Aku baru nak tambah satu lagi kek" Sambung Carldrillo dengan tidak bersalah. Kesemua mata memandang ke arahnya termasuk Ryan dan Carlo lalu Carldrillo hanya buat tidak endah sahaja dengan tatapan mata mereka semua sambil bersiul.
YOU ARE READING
SWEETIE PIE PRINCIPESSA (HIATUS + IN EDITING)
RandomCyra eyreesha adalah seorang gadis yang sangat cantik dan comel tetapi ada kalanya mulutnya seperti peluru berpandu mengalahkan makcik bawang diluar sana ... apabila dia sudah bertemu dengan kawan lelakinya ibarat macam keluarganya sendiri .. haa di...