BAB 29

19 2 9
                                    

Cyra bersiap-siap ingin pergi ke cafe. Sudah beberapa hari rumah ini terasa sunyi bila tiada Adara. Seram jugak bila duduk seorang di rumah. Tapi Cyra jarang berada di rumah dia lebih menghabiskan masanya di cafe memandangkan Adara tiada. Jikalau balik pun tiada apa yang mahu di buat baik duduk dekat cafe. Boleh membawang bersama Aira.

"Mari kita naik Chiko!"

Ya, hari ni Cyra senyap-senyap mahu membawa kereta tanpa ada sesiapa yang tahu. Dea rindu mahu bawa Chiko.

Turun sahaja tangga Cyra mengambil kunci keretanya di atas almari di ruang tamu.

Tetiba rongga hidungnya terbau sesuatu yang sangat tidak menyenangkan.

"Erghh bau apa ni.." Cyra bergerak ke arah dapur. Ingin melihat jikalau dia terlupa mahu membuang sampah.

Tetapi bila berada di kawasan dapur bau yang tadi dia terhidu itu tidak pula berbau di kawasan dapur. Apabila dirinya berjalan ke arah ruang tamu semula bau itu masih ada. Berkerut dahi Cyra.

Mana punca datang bau ni!

Cyra hanya menghiraukan bau itu. Balik nanti pandai-pandai laa dia mahu cari punca itu.

Cyra duduk di bangku berdekatan dengan daun pintu dia menyarungkan stoking putih di kedua belah kakinya. Kemudian Cyra membuka daun pintu dengan tangan kanannya manakala sebelah lagi memengang kasut sneakers yang berwarna hitam, putih dan dihiasi dengan sedikit line berwarna merah jambu.

Dengan sarkastik Cyra menghempas semula daun pintu itu. Kasut yang berada di tangannya juga terlepas sama. Tangannya bergetar dengan hebat apabila mahu mengunci daun pintu itu. Tubuhnya juga mengigil dengan hebat.

Takut.

Yaa dia takut, sangat takut.

Dia juga terkejut berbaur rasa takut. Apa semua ni?!.

Kenapa? Kenapa ada..

Tok! Tok! Tok!

Terduduk Cyra. Kakinya lemah juga tersentak apabila terdengar bunyi ketukan dia langsung menjarakkan dirinya dari pintu itu.

Siapa?

Air matanya mengalir dengan laju. Tangan laju menekup mulut sendiri tidak mahu mengeluarkan suara.

"Heyy honey, please open the door. I want give you something special honey. Please honey open the door..."

Cyra menggeleng dengan perlahan. Tak mahu. Air mata laju mencurah pipinya.

"Hiks..."

Cyra menekup mulutnya dengan kuat.

"Oh no honey.. I hear that are you crying? Please open the door I will hug you honey. Honey are you crying about, you got surprise at outdoor hm? Honey open please. I swear I didn't hurt you honey"

Geleng.

Cyra laju mencari telefon dan mendail nombor yang ada di dalam kenalannya tanpa memandang nama tersebut. Matanya terlalu kabur untuk membaca nama yang tentera di skrin.

"Yes wh.."

"Aku cakap bukak tu bukak laa bodoh!"

Tersentak Cyra mendengar jerkahan dari luar rumah itu. Air mata usah di kata, laju menuruni pipinya. Dia takut. Apa semua ni?.

"It's okay kalau kau taknak buka pintu. Aku perlu balik segera. Aku tahu abang kau dan yang lain akan sampai juga nanti. But honey aku tinggalkan sesuatu dekat kau." Cyra memandang celahan pintu di bawah terdapat satu kertas berwarna putih. Dia hanya pandang kertas itu lama. Takut.

SWEETIE PIE PRINCIPESSA (HIATUS + IN EDITING)Where stories live. Discover now