Cyra meneruni anak tangga. Dia lihat kiri dan kanan. Tiada. Hayyi dan yang lain tiada. Mungkin mereka berada di atas, bilik Ryan mungkin?
Cyra berjalan menuju ke sofa. Tetiba langkahnya berubah rentak menjadi perlahan seketika, menuju ke sofa yang berwarna kelabu itu. Carlo? Dia buat apa dekat sini?
Tidur?
Kenapa tidak tidur atas saja? Cyra berjalan mendekati Carlo.
Haih.. Handsome betul dia tidur. Ini mesti lepas habis mandi, rambut basah semacam aje! Rawr!
Tangan gatal saja ingin sentuh rambut Carlo. Tapi masih ditahan. Jangan buat perkara bukan-bukan Cyra!.
"Are you done stealing to see me baby?"
"Arghh!!" Terjerit Cyra sebelum kaki kirinya terkena kaki meja kecil yang ada disitu.
"Aduhh sakit!" Terkejut dibuatnya tidak fasal kakinya tersepak kaki meja kecil. Dipandang Carlo dengan tajam sambil mengusap kakinya. Pedih!
Carlo mengangkat lengannya yang sedari tadi menutupi dahinya. Dan duduk memandang Cyra.
Jelas rambutnya masih basah walaupun rambutnya nampak sedikit kusut-masai. Tetapi jangan risau walaupun begitu dia nampak terlalu SEKSI!.
Dia memakai baju hoodie berwarna biru gelap dan baju T-shirt berwarna putih di dalam. Tolong mukanya semacam baru bangun tidur. Comel betul!
"Kau tak ada kerja lain ke hmm... sweetie" Suara garaunya! Carlo pandang Cyra jelas dia nampak bahawa Cyra masih memerhati dirinya.
"Stop stealing to see me Cyra..."
"Ishh.. Apa?! Bila pulak saya perhati awak! Mandai-mandai aje fitnah orang!" Marah Cyra lalu menjeling lembut.
Berkerut muka Carlo.
"Kau tak mandi lagi ke?" Tanya Carlo. Masih perhati Cyra. Dia mengimbas Cyra dari segi pakaian dan tudung yang ada pada Cyra. Jelas pakaian pagi tadi.
Sepantas, Cyra kembali melihat Carlo.
"Saya dah mandi lah!!" Suka-suki dia je cakap aku tak mandi lagi!
"Kau memang tak reti tukar baju?!" Datar sahaja dia menjawab.
"Saya nak tukar macam mana? Baju pun dekat rumah sana. Awak pun tak kasi saya pergi sana. Eishh soalan pun.. apalah!" Rasa nak cekik aje Carlo ni. Soalan apa dia tanya!.
Dia pun stress pakai baju yang sama dari pagi sampai ke sekarang. Malam. Tapi nasib dia masih wangi.
Carlo mendengus kasar. Dia pandang Cyra.
"Kau pergi siap. Ikut aku"
Berkerut dahi Cyra. Eyy dia memang tak dengar atau buat-buat tak dengar?. Kan aku dah cakap baju takde, dia nak suruh aku bersiap pakai apa? Pokok pisang ke!
"Saya nak bersiap apanya.. Dah ini je yang ada. Awak agak-agak laa" Marah Cyra.
Carlo diam. Hanya bangun saja dari duduk. Telefon dan kunci kereta yang berada di atas meja kecil itu diambil. Topi yang berwarna krim itu juga diambil.
"Eh, eh tu.. Tu cap kesayan.." Carlo sudah pun memakai topi itu di kepalanya.
"Ngan sayaa..." Sambungnya lagi.
"Ikut aku" Carlo terus keluar dari rumah agam itu. Cyra menghentak kakinya kuat. Topi aku! Janganlah pakai! Lambat-laun dia juga turut keluar dari rumah agam itu. Hati sudah menyumpah seranah.
●●●
"Eh! Eh! Awak dah kenapa bawa saya datang kedai baju ni." Tanya Cyra pelik.
YOU ARE READING
SWEETIE PIE PRINCIPESSA (HIATUS + IN EDITING)
RandomCyra eyreesha adalah seorang gadis yang sangat cantik dan comel tetapi ada kalanya mulutnya seperti peluru berpandu mengalahkan makcik bawang diluar sana ... apabila dia sudah bertemu dengan kawan lelakinya ibarat macam keluarganya sendiri .. haa di...