BAB 18

43 3 0
                                    

Jam didinding menunjukkan sekarang sudah pukul 8:20 pagi. Fawwas masih lagi tidur dengan nyenyak diatas katilnya bersama teddy bear kesayangannya. Kayden yang sudah bersiap untuk berangkat ke syarikat milik Carlo terus dia meluru ke bilik Fawwas bagi memastikan Fawwas sudah siap untuk mengikutinya ke syarikat. Kemudian Kayden terus menerjah masuk ke bilik Fawwas tetiba matanya terbuntang dengan luas tatkala melihat Fawwas masih lagi tidur dengan nyenyak dan tidak bersiap apa-apa lagi

"cibai. Bodoh. Nanti Carlo marah kita babi" maki Kayden dengan perlahan lalu Kayden terus menghampiri Fawwas dengan senyuman sinis. Kayden melabuhkan duduknya di tepi Fawwas dan memandang Fawwas dengan senyuman senget

"awakkkk marilah bangun kita mandi sama-sama eh" kata Kayden dengan suara dibuat-buat kepit. Fawwas yang masih dibuai mimpi itu terus tersenyum-senyum

"eishh apa awak ni.. awak pergi laa mandi dulu" balas Fawwas sahaja mahu menolak supaya Kayden memujuk dirinya sekali lagi a.k.a girlfriend mimpi

"awakkkk kan bagus kalau kita mandi bersama-sama boleh dapat pahala" jawab Kayden dengan tangan cuba mengelus kepala Fawwas dengan lembut. Fawwas yang masih bermimpi itu terus tersenyum melebar

"yelah yelah. Jom" akur Fawwas lalu bangun dari baringnya dengan senyuman sambil mengosok biji matanya kemudian Fawwas terus memandang ke arah muka Kayden

"bah !!! jom kita mandi sekali" jerit Kayden di hadapan muka Fawwas lalu mengengam tangan Fawwas dan berura-ura mahu membawa Fawwas ke bilik mandi. Fawwas terus melepaskan gengaman tangan Kayden ditangannya dengan kasar

"woii babi geli" maki Fawwas selepas bangun daripada tidurnya. Kayden hanya tersenyum senget kepada Fawwas

"awak bukan nak mandi dengan saya ke tadi hm ?" kata Kayden cukup mengoda. Fawwas terus memandang Kayden dengan tajam

"atok kau setan" kata Fawwas lalu bangun dari katilnya

"cepat laa mandi gilaa. Kita ada meeting kejap lagi" balas Kayden lalu dia juga turut bangun daripada tempat tidur Fawwas dan bergerak ke arah pintu bilik Fawwas

"kau lambat aku tinggal. Carlo marah sayonara byebye" pesan Kayden lalu terus keluar dari bilik Fawwas bersama senyuman bangga dapat mengenakan Fawwas. Fawwas hanya menghantar Kayden dengan anak matanya dengan mulut terkumat-kamit menyumpah seranah Kayden

"bodoh ! Eii.. dia ada buat dekat aku apa-apa ke huh ?!! Cermin cermin ? Mana cermin ?!" kata Fawwas lalu berlari ke arah cermin yang berada di dalam biliknya

"fuh ! Nasib baik tak dak" gumam Fawwas lalu bergerak ke bilik mandinya dan bersiap-siap untuk mengikuti Kayden ke syarikat

Setelah tibanya Kayden dan Fawwas di syarikat. Kayden dan Fawwas terus berjalan naik ke tingkat atas dan berjalan ke arah bilik meeting dengan satu kali ketukan Kayden dan Fawwas terus masuk ke dalam dan duduk di atas kerusi yang ada di dalam bilik itu. Carlo dan Ryan memandang Kayden dan Fawwas setelah mereka berdua berada di dalam bilik itu

"asal lambat" tanya Carlo dengan senada. Kayden dan Fawwas tidak semena tidak senang duduk lalu Kayden dan Fawwas memandang sesama sendiri

"kau laa ni" bisik Kayden kepada Fawwas yang berada di hadapannya dengan kaki menendang kaki Fawwas dibawah meja di bilik meeting itu

"kau laa asal tak kejut aku awal-awal" dalih Fawwas dengan kaki cuba menendang kaki milik Kayden semula lalu Kayden dan Fawwas memandang Carlo bersama senyuman kerang busuk kari daging

"aku tanya asal lambat" kata Carlo lembut tetapi cukup tegas dipendengaran Kayden dan Fawwas

"ermmm..."

"Fawwas ni laa dia bangun lambat" kata Kayden sambil menunjuk ke arah Fawwas. Fawwas dengan laju terus memusingkan kepalanya ke arah Kayden

"kau pun satu. Tak kejut aku awal-awal dah kenapa setan" balas Fawwas kepada Kayden. Kayden terus menjeling Fawwas

SWEETIE PIE PRINCIPESSA (HIATUS + IN EDITING)Where stories live. Discover now