"Hasher !!!!!!! Jom ikut akak joging !!! Lepastu ikut akak pergi cafe. Kau cuti sekolah kan harini ?!" Jerit cyra didepan muka pintu bilik hasher. Hasher dengan mamainya turun bangun dari baringnya kemudian terus membuka pintu bilik lalu tersembam lah wajah cantik milik cyra dihadapan muka pintu bilik hasher
"ishh akak..... tak payah laa terjerit-jerit" kata hasher dengan meleret sambil menonyoh biji matanya bagi menghilangkan rasa kantuk
"hehehe pis. Dah jom kau tak bangun solat ke hah eiii... cepat siap aku tunggu dekat bawah" balas cyra dengan jari membuat tanda 'pis' sambil tersengih sehingga menampakkan gigi taringnya
"sesuka hati akak je tuduh hash. Hash dah solat dah cuma sambung tidur balik" jujur hasher dengan mamai
"ada aku tanya ?" tanya cyra dengan muka tak bersalah
"akak kan tanya tadi.. hash solat tak" jawab hasher dengan menyampah. 'dia tanya tadi lepastu buat-buat tanya lak'
"kisah lak aku" balas cyra lalu laju menuruni tangga dengan muka puas hati dapat mengenakan hasher. Hasher hanya memerhati sahaja tingkah laku cyra lalu kembali menutup pintu biliknya dan bersiap-siap untuk berjoging bersama cyra
"hasher, aku nak cabar something ni... apa kata kita round 5 pusingan tanpa rehat. Kalau kau berhenti berehat kau kena belanja aku ais-krim. Tapi kalau aku yang tetiba berhenti dulu aku akan belanja kau. Haa amacam on" cadang cyra dengan kening diangkat beberapa kali sambil berjalan bersama hasher
"huh ? Akak gila ke ?? Akak nak suruh hash belanja akak guna apa... guna kaki ?? Ni, baju ni pun... mama hash yang hantar semalam sebab hash suruh. Takkan tetiba nak suruh mama hash hantar duit hash sekali ?" kata hasher lalu menggelengkan kepalanya beberapa kali
"erghh... yela yela jom laa kita joging sama-sama" pasrah cyra lalu dia bersama hasher turut berjoging di sekeliling kawasan itu
"hasher, hasher stop laa jom laa kita berjalan. Penat dah ni berlari. Aku ni dah lama tau pencen dari olahragawati huh !" panggil cyra lalu dia cuba memperlahankan lariannya. Hasher juga turut mengikuti kata-kata cyra
"ekk eleh hash ok je" kata hasher dengan bangga. Cyra memandang hasher atas bawah lalu menjeling hasher
"kau tu berlari, berjalan. berlari, berjalan. herh macam mana kau nak penat. Kau berjalan tu bukan macam orang berjoging tapi macam... macam aku nak bagi penyepak. Kau berjalan macam yang kau berjalan dekat jalan raya tu terkedek-kedek, terkedek-kedek" perli cyra. Hasher hanya memandang cyra dengan pandangan 'biasalah hasher ni boss'. Cyra dan hasher hanya menyambung berjalan kaki sehingga cyra ternampak dua ekor anjing sedang bermain di kawasan berdekatan dengan situ
"weh hasher kau nampak tak tu... ee comelnya anjing tu atotototo meh sini meh meh" kata cyra sambil memanggil anjing yang sedang bermain dengan kawannya. Hasher terus memandang cyra dengan mulutnya ternganga
"akak gila ke ?? Dari tadi lagi tau ayat merapu je yang keluar. Anjing tu akak cakap comel huh ?!" tanya hasher dengan mata memandang silih berganti ke arah cyra dan anjing itu
"lahh !! Betul laa comel apa. Awak sini laa" panggil cyra ke arah anjing itu dengan tangan diangkat tinggi untuk memanggil anjing itu datang ke arahnya
"akak, akak jangan buat pasal kak. Elok dia main dekat situ tetiba datang dekat kita satgi naya pak karim kita akak" cuak hasher. Gila tak cuak cyra pergi panggil anjing tu dah kenapa ?!
"takda laa. Takkan punya. Aku main-main je tu" kata cyra lalu kembali memandang anjing itu. Tatkala anjing itu juga turut memandang ke arah cyra dan hasher lalu berjalan dengan perlahan ke arah mereka berdua. Cyra dan hasher mula cuak. Muka juga kehilangan darah tatkala ternampak anjing itu sedang menghampiri mereka berdua
YOU ARE READING
SWEETIE PIE PRINCIPESSA (HIATUS + IN EDITING)
RandomCyra eyreesha adalah seorang gadis yang sangat cantik dan comel tetapi ada kalanya mulutnya seperti peluru berpandu mengalahkan makcik bawang diluar sana ... apabila dia sudah bertemu dengan kawan lelakinya ibarat macam keluarganya sendiri .. haa di...