Seusai sahaja dia sudah sampai ke destinasi yang ingin dituju olehnya dia mencari lot parking yang kosong untuk park keretanya disitu .. apabila sudah selesai dia mengkunci pintu keretanya dan dia menuju ke destinasi yang seterusnya
Apabila dia sudah sampai dihadapan muka pintu "cyra's harverst cafe and bakery" dia terus meluru masuk kedalam cafe tersebut
"Assalamualaikum wahai pekerja-pekerjaku yang cantik manis jelita dan handsome bak bidadara" sapa cyra selepas dia sudah memasuki ruangan cafe and bakery itu
"Waalaikumussalam cik cyra" sapa pekerjanya yang berada disitu
"cik cyra ni kenapa happy semacam je saya tengok .. dating ngan boyfriend eh" sapa pekerjanya yang sedang sibuk mengelap meja yang berdekatan disitu
"fuhhh .. aira nak usik cyra pun tak payah lah sampai berdating ngan boyfriend"
"cyra happy sebab kak dara masak kat cyra nasi goreng tau..uuuu sedapnya.. ini baru betul pembekal semangat cyra" sambung cyra panjang lebar sambil membuat tangan yes
"tapi itulaa disebabkan penangan tamparan kak dara hinggap dibahu kiri cyra .. cyra terus tak jadi nak bawak bekal masakkan adara fredella tu hmmm" sambung cyra lagi dengan nada yang sedih
"aihh ada-ada jelahh perangai cik cyra ni" kata pekerjanya bernama aira itu
"hehe ermm abe man kite tak mari lagi ke atau belum balik dari kampung dia" kata cyra sambil kepalanya terjenguk-jenguk didalam kaunter bayaran itu
"aik cik cyra rapat kot dengan aisy tak kan dia tak beritahu cik cyra kot dia balik bila" balas aira dengan pelik
"heh budak tu nak bagitau cyra tunggu kiamat laa baru bagitau cyra" ucap cyra dengan sinis
"ermm dah laa cik cyra aira nak sambung buat kerja takut pulak kena potong gaji dengan boss" balas aira dengan nada perli
"hah yelah .. eh !! takut kena potong gaji !? airaa !! maknanya kau nak cakap aku ni kuat potong gaji kau laa ni" kata cyra dengan nada naik seoktaf kerana aira sudah berlari anak untuk kebelakang kedai takut-takut jikalau kena cubitan semut api di lengannya
'haih ayuhlah cyra eyreesha pergi jalankan tugas kau untuk membantu pekerja-pekerja kau ... ibarat berat sama dipikul , ringan sama dijinjing ... fuhh peribahasa kau .. pandai-pandai' bisik cyra sendiri sambil membanggakan dirinya kerana menggunakan peribahasa
YOU ARE READING
SWEETIE PIE PRINCIPESSA (HIATUS + IN EDITING)
DiversosCyra eyreesha adalah seorang gadis yang sangat cantik dan comel tetapi ada kalanya mulutnya seperti peluru berpandu mengalahkan makcik bawang diluar sana ... apabila dia sudah bertemu dengan kawan lelakinya ibarat macam keluarganya sendiri .. haa di...