"Okay jom balik" Aisy bangun dari duduknya dan badannya dibawa ke kiri kemudian ke kanan mahu merengangkan otot-otot yang kian pengal akibat duduk terlalu lama. Aisy kembali memandang Cyra
"Matahari, kau betul ni okay.. Aku bukan apa... Tapi nanti tak dapat laa aku nak tapau kek kau lagi" Aisy mencebik mulutnya.
Cyra yang masih duduk itu terus mengecilkan bebola matanya memandang Aisy.
"Man, aku ni masih hidup lagi tau, yang kau kata macam tu.. serupa macam haihh, serupa macam aku nak bagi penembik dekat muka kau tu" Jawab Cyra malas.
"Hehe.. Yela matahari. Sini peluk aku" Aisy depakan tangannya ke arah Cyra.
"Kau jangan macam-macam Aisy" Kata Ryan dingin setelah dirinya sudah bangun dari duduknya. Aisy tersengih sendiri sambil mengaru kepala yang tidak gatal.
"Jom gerak" Ajak Ryan untuk beredar dari situ. Aisy hanya angguk dan membuntuti Ryan ke kereta di luar rumah.
Cyra hanya melihat sahaja dua sosok tubuh itu beredar keluar dari rumahnya.
Hayyi pandang Cyra lalu berjalan merapatinya. Cyra pandang sisi-nya selepas menghantar dua sosok tubuh itu dengan ekor matanya.
"Ehh abang Hayyi, kenapa?" Tanyanya.
"Betul ni kau taknak ikut aku?"
"Iyee... Betul laa, kalau Cyra ikut siapa nak teman Dara." Hayyi melihat Adara di sebelah, lalu kembali melihat Cyra.
"Kau ajak laa Dara sekali..."
"Wooo wooo... Aku tak nak, aku nak duduk sini" Bantah Adara. Hayyi kembali melihat Adara.
"Apa yang kau sayang sangat rumah ni Dara, dah laa kecik. Kau tu besar" Perli Hayyi. Membulat mata Adara.
"Jangan sesekali ehh kau hina rumah ni.. Dan aku kurus tau.. Kau memandai sedap mulut kau kata aku gemok"
"Aku cakap besar bukan gemok. Kau dengan minah senget ni sama je perangai. Nanti mamat tu datang lagi padan muka" Minah senget yang dimaksudkan oleh Hayyi itu ialah Cyra, adiknya sendiri.
"Hehe... bestfriend kan" Sengih Cyra. Hayyi menjulingkan matanya ke atas. Lalu terus beredar dari situ. Kalau dia paksa juga tak akan menang punya, perempuan kan sentiasa nak menang.
Tapi jauh dari sudut hati dia betul-betul risaukan keselamatan Cyra.
"Dah aku balik dulu" Hayyi juga berlalu keluar dari rumah itu.
Carlo juga ingin meninggalkan kawasan itu, belum sempat dia ingin bergerak Cyra sudah merapatinya.
"Awak... Eemmm" Cyra garu kepalanya yang tidak gatal.
"Please, lupakan hal tadi boleh?" Cyra hanya menundukkan pandangannya.
Carlo menjongket keningnya. "Pipi kau merah tu, are you using blusher sweetie?"
"Haauopp" Adara terus menekup mulutnya dengan telapak tangan. Tiba-tiba sahaja Adara berpura-pura sibuk mengemas sofa yang mereka duduk sebentar tadi. Bukan apa jarak dirinya dari Cyra dan Carlo bukannya jauh pun, sebab itu Adara dapat dengar segala butir perkataan yang di keluarkan oleh mereka berdua.
"Ishh ada habuk laa.. Ishhh ishh" Adara mengibas-ngibas sofa dan menepuk bantal yang berbentuk segi empat itu. Tetapi telinga sedia membuka dengan seluas yang mungkin.
"Huh!? Eemm.. Eemm mana ada" Nafi Cyra.
"Ihh awak ni... Boleh laa lupakan kes tadi. Saya tak sengaja laa terpeluk awak"
YOU ARE READING
SWEETIE PIE PRINCIPESSA (HIATUS + IN EDITING)
DiversosCyra eyreesha adalah seorang gadis yang sangat cantik dan comel tetapi ada kalanya mulutnya seperti peluru berpandu mengalahkan makcik bawang diluar sana ... apabila dia sudah bertemu dengan kawan lelakinya ibarat macam keluarganya sendiri .. haa di...