‧₊˚ ☁️⋅♡𓂃 ࣪ ִֶָ☾.
Bibir dikemam menahan debaran. Sekejap aku tarik nafas, sekejap lagi aku mengubah posisi baringanku.
"Eee, kau ni kenapalah?" Geram aku pada diri sendiri.
Dah macam nak berkahwin dengan crush dia punya tahap nervous ini. Bagus juga kalau jadi kenyataan, ini sampai berjanggutlah engkau menunggu benda yang tak pasti.
"Kalau tak bertepuk sebelah tangan tak apa. Ini awal-awal dah tahu memang akan kena reject," rungutku. Bibir dicebik tanpa sedar.
"Orang macam aku nak dibandingkan dengan dia? Huh! Dia mana nak pandang. Kena tunggu aku cantiklah dulu," sambung aku. Tiba-tiba berdrama pula malam ini. Haih. Insecure datang menyerang.
Tak apalah. Lagipun perasaan aku dekat Nufhris itu-
Okey, sekarang ini aku betul-betul ada perasaan dekat dia ke? Biar betul aku mengaku? Huh! Macam tak percaya dengan diri sendiri!
Tapi kalau betul pun, yang aku pasti rasa itu hanya sekadar suka je tak lebih pun. Perasaan itu tak akan lama. Tak macam perasaan aku dekat senior yang satu itu.
Entahlah juga. Aku tak nak buat andaian lebih-lebih sebab aku sendiri tak pasti. Hati ini Allah yang pegang. Mengingatkan hal itu, aku jadi makin takut. Haraplah kedepannya semua baik-baik je.
"Minta jelah. Lagipun bukannya aku minta gambar tu untuk tengok muka dia atau nak pastikan betul ke tak itu dia. Aku nak simpan je gambar tu buat kenangan." Aku pun pelik. Kenapa aku perlu overthinking sampai macam ini sekali? Seolah-olah aku mahu menyakinkan benda itu padahal tak ada sesiapa pun tahu perasaan aku.
Sedangkan ex crush aku pun tak ada siapa yang tahu. Orang tahu aku ada crush je dulu, tapi tak tahu pula siapa lelaki yang bertuah itu.
Orang akan anggap lelaki itu bertuahlah, sebab aku ini macam tak pernah je ada crush.
Mesej dibuka. Nama seseorang dicari. Teragak-agak tanganku menekan contact itu. Tiba-tiba aku tergelak kecil.
Eh, dah tak waras ke sebab tahu dia satu sekolah?
"Lawaklah kau ni, Leyla Hanan. Kau punya gelabah ni macam satu dunia tahu kau suka dia padahal satu orang pun tak tahu. Dan tak ada pun orang yang nak ambil tahu." Aku mendecit sebal. Lalu, selimut ditarik menutupi tubuh.
trisya
you
sya
trisyatrisya
kenapa
kau nak bermanja keyou
wayar otak kau putus ke
aku nak gambartrisya
gambar apayou
masa kita beraya dekat rumah cikgu anees hari tu
kau jangan cakap tak adatrisya
memang tak adayou
serius?trisya
kejap
aku cariyou
ok___________________
Aku pasrah. Sepasrahnya. Sudah dekat satu jam aku menunggu benda yang tak pasti ini. Satu gambar pun Trisya tak hantar. Mungkin dia juga tak ada.