هانن ٦

103 11 0
                                    


‧₊˚ ☁️⋅♡𓂃 ࣪ ִֶָ☾.

Senyuman jahat menghiasi wajahku. Aku menapak perlahan-lahan ke arah figura yang baru sahaja selesai menyedut air minumannya itu.

Kehadiran aku langsung tak disedari oleh Mar. Selamba aku menepuk bahu Mar. Perlahan saja tetapi cukup membuatkan sekujur tubuh itu terperanjat.

"Eee, kau ni. Memang nak kenalah!" Kembang kempis hidungnya saat itu. Amarahnya cuba ditahan daripada meletus.

"Sorry. Aku tepuk perlahan je, kan?" Aku membela diri dengan sisa tawa yang masih ada.

"Kalau aku mati mengejut dekat sini, aku pastikan hidup kau takkan tenang. Setiap hari aku datang menghantui hidup kau," kata Mar berbaur gurauan.

Tegak terus bulu roma aku. Biarpun aku tahu Mar hanya bergurau tetap saja ayat gadis itu buat aku rasa gerun sedikit.

"Teacher tak ada chat kau ke?"

"Tak ada lagi."

"Assalamualaikum, ukhti sekalian," sapa seseorang lalu kedengaran bunyi kerusi ditarik.

"Wa'alaikumsalam, Kakak Miya." Serentak kami membalas.

"Cehh.. kakak Miyalah sangat," bidas Trisya yang baru tiba.

"Korang sama-sama ke tadi?" soal Mar.

"Haah. Kejap, aku nak beli air," pamit Trisya.

"Biru bakal-bakal menjulang juara, guys." Dengan nada bangga Miya berkata.

Mar senyum. Aku hanya diam.

Mentang-mentanglah korang dua rumah biru. Aku macam tunggul dekat sini.

"Nufhris bagi dua emas. Dia ada satu acara lagi. Confirm yang acara last ni pun dapat emas." Yakin benar Miya dengan kata-kata yang dilontarkannya itu.

"Weh.. hebatlah dia tu. Dahlah dia tu tinggi. Kalau aku berdiri sebelah dia tak tahulah nak cakap apa." Mar geleng kepala. Kagumlah sikit. Sikit je.

Aku hanya menjadi pendengar. Tanpa sedar aku gigit bibir. Mendengar sebaris nama itu buatkan aku tak tenang.

Nufhris.. Macam mana aku boleh tak tahu kita satu sekolah? Selama ini aku duduk dalam gua ke?

"Jomlah, Miya," ajak Trisya.

Aku pandang Trisya.

Perlu ke aku tanya?

"Trisya, kau ada bawa telefon?" Akhirnya aku memutuskan untuk bertanya.

"Haa? Ada dalam beg. Tapi, beg aku dekat atas. Asal?"

"Tak adalah. Eh awallah korang, duduklah dulu," tutur aku bagi mengalihkan topik. Rasa canggung pula tiba-tibam

"Tak boleh. Lepas ini acara kitorang," jelas Miya pula kali ini.

"Oh.. tak apalah kalau macam tu. Goodluck, korang."

‧₊˚ ☁️⋅♡𓂃 ࣪ ִֶָ☾.

Masa demi masa berlalu. Semua acara sudah dipertandingkan. Para pelajar sudah mulai bersurai. Masing-masing keletihan. Panas terik dek matahari yang memancar membuatkan semua di situ bagai mahu segera kembali ke kediaman masing-masing.

"Penat?"

Aku berdehem saja. Fikiranku dipenuhi dengan peristiwa beberapa jam lepas itu.

Jejaka itu. Sungguh aku benar-benar tak menyangka.

Leyla Hanan Where stories live. Discover now