هانن ٤

97 10 0
                                    

‧₊˚ ☁️⋅♡𓂃 ࣪ ִֶָ☾.

Tidak terasa sudah seminggu berlalu sejak sekolah disibukkan dengan latihan sukan. Kini masanya telah tiba untuk acara sukan tahunan yang akan diadakan di Kompleks Sukan Indah.

Semua pelajar yang terlibat diminta berkumpul di sekolah sebelum diarahkan untuk menaiki bas ke tempat tujuan.

Jam tangan berwarna ungu yang dililit kemas di tangan kiri sesekali aku lihat.

7:17 a.m.

Aku sudah agak benda ini akan berlaku. Memang selalu macam ini.

Semalam, teacher Marin ada memberitahu kami untuk datang awal ke sekolah sebelum pukul 7.30 sebab bas akan tiba ke sekolah awal. Sekarang ini jam pun sudah nak dekat 7.20. Sudahlah mengambil masa 20 minit untuk aku sampai ke sekolah.

Mampu tawakkal sajalah.

Sudah menjadi rutin harian untuk aku memakai stoking dan kasut di dalam kereta kerana tidak mahu membazirkan masa. Semua ini berpunca daripada adik aku sendiri. Selalu lambat bangun! Nanti kena tinggal tahu pula meroyan. Salahkan orang sebab tak bagi bangun. Kata pentingkan diri sendiri.

Aku memasang stoking sambil bibir tidak henti membebel. Dah macam suara aku ini ibarat lagu yang dimainkan di radio pada pagi hari.

Geram betullah aku. Perangai adik-adik aku memang tak berubah daripada dulu sampai sekarang!

Tubuh aku sandarkan. Mata terpejam rapat. Cuba untuk menenangkan diri sembari tangan mengelus perutku yang terasa senak.

Aduh. Perut buat hal pulak!

Memang pagi-pagi perut aku selalu sakit. Kalau bukan sakit perut, gastrik. Kalau bukan gastrik, sakit perut. Itu jelah tahunya.

Kelopak mata dicelik tatkala terasa kereta sudah berhenti tepat di hadapan sekolah. Nafas dihela berat.

Mata sekilas memandang keluar. Ramainya orang. Sebelum keluar, tak lupa untuk aku mencium tangan ibu dengan penuh kasih.

"Jam berapa nak kena ambil?" soal ibu memulakan perbualan pertama kami sebagai anak beranak.

Aku geleng kepala tanda tidak tahu. "Tak tahu lagi, ibu. Apa-apa nanti Hanan call. Ibu ambil dekat sekolah je."

"Okeylah, jangan lupa sarapan nanti."

"Baik, ibu."

Aku gigit bibir. Jari tanpa sedar digenggam erat.

Banyaknya orang. Dahlah lelaki dekat laluan susur gajah itu bukan main banyak. Aku dahlah datang lambat. Malu siot.

Pintu kereta dibuka. Aku hanya mampu berdoa supaya dipermudahkan segalanya. Dari luar sekolah aku dapat lihat ada sebuah bas.

Ni mesti bas untuk Ajk. Bas atlet belum sampai lagi ke? Haih, patutlah diorang masih ada dekat situ.

Masuk saja ke dalam kawasan sekolah, jantung aku usah ditanya. Berdebar-debar! Lebih berdetak kencang daripada sebelumnya.

Pandangan orang ramai yang melihat aku itu buatkan aku rasa tak selesa. Aku hanya pandang lurus ke hadapan, tanpa langsung melirik ke mana-mana arah.

Leyla Hanan Where stories live. Discover now