‧₊˚ ☁️⋅♡𓂃 ࣪ ִֶָ☾.
isya
you
sya
ms berapa kerja rumah maths?isya
ada ke?
sebab aku pun tak tahuAku tepuk dahi seketika membaca pesanan Isya itu. Boleh pula macam itu ya? Tapi, aku pun sama saja.
you
ada, tak silap 2 ke 3 muka surat
tapi tulah aku lupaisya
tak ingatlah aku ms berapa sebab buku maths tak ada dengan akuNafas aku hela perlahan. Ke mana pergi pula buku gadis itu? Inilah akibat tak mendengar kata guru. Buruk padahnya!
you
tak apalah, nanti aku tanya diorang Anne
oh iya..Tiba-tiba pula tengah chat Isya aku teringat sesuatu. Ada eloknya juga aku beritahu sekarang. Bukan apa, lambat-laun Isya akan tahu juga Lagipun, aku rasa aku perlukan bantuan Isya kalau ada apa-apa berkaitan Nufhris itu.
Ya, sekarang baru aku sedar dan mengaku yang aku memang suka dekat Nufhris. Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh tersuka dia itu. Mungkin, aku suka dia masa kali pertama kami berjumpa lagi tanpa aku sedar. Sungguhlah, perasaan ini aku tak boleh tolak. Berharap semoga kedepannya, aku tak larut dalam hal percintaan kerana bukan tujuanku untuk itu.
isya
kenapa?you
kau nak tengok ke crush aku tu?
tapi jangan bagitahu sesiapa, rahsia
kau je yang tahuisya
ya, aku takkan bagitahu sesiapa
janjiAku tarik nafas panjang-panjang sebelum dihela. Gambar yang aku mahu tunjuk dekat Isya ni gambar Nufhris yang aku dapat daripada telegram sekolah kami. Memang kalau ada apa-apa program, gambar-gambar kami cikgu akan send dekat telegram sekolah sebab itulah senang kerja aku mahu mencari.
you
»Photo
aku rasa dia ni anticamera sebab kebanyakan gambar dia tak nak tengok kamera
sabar jelah
»Photo
ni yang jelasJujur, aku sudah gugup. Manalah tahu Isya kenal lelaki itu.
isya
satu bas sekolah dengan aku ni
HAHAHAAku yang sedang dalam posisi berbaring itu pantas menegakkan badanku. Mata sudah melotot dek terperanjat. Sungguh diluar jangkaan aku. Tak pernah aku menyangka hidup aku akan seplot twist ini. Aku baca berulang kali ayat Isya itu dengan tatapan tak percaya. Tangan sudah terketar-ketar mahu membalas.
Jadi, selama ini Isya kenallah Nufhris itu siapa? Maknanya, aku sajalah yang tak tahu kewujudan lelaki itu selama ini?
you
WEHH
seriuslah kau?
😭😭😭isya
iya 😭
terkejut juga aku masa kau send gambar dia tuSungguhlah, aku masih tak percaya lagi. Aku rasa macam mimpi sekarang.
you
wehhh
dia tinggal dekat mana?isya
jalan damai tak silap akuOh, Jalan Damai. Aku angguk faham. Makin membuak-buak perasaan ingin tahu aku. Mana tahu Isya tahu banyak tentang Nufhris itu. Bermulalah sesi soal jawab antara aku dan Isya.
you
korang memang pergi sekolah sama-sama ke?isya
iya
tapi aku tak tahu nama dia, muka je ingatAku memang tak pernah tengok Isya keluar atau masuk dalam bas sekolah dia. Tapi, aku memang tahu je Isya naik bas sekolah.
you
kau tahu dia kelas apa?isya
kasturi
dia sekelas dengan satu orang lagi dalam bas sekolah aku tu, tapi tak ingat siapaKasturi? Tiba-tiba pula aku teringat chat aku bersama Dhaffa tempoh hari itu. Dia ada juga cakap orang yang suka aku itu kelas 4 Kasturi. Entah betul atau tidak.
you
korang pernah berbual ke?Tapi, aku rasa tak.
isya
tak pernahKan dah cakap.
you
korang selalu sampai ke sekolah jam berapa?Mesti Isya peningkan hadap sisi aku yang satu ini sebab aku pun sama. Banyak tanya. Padahal, pasal crush je.
isya
tak tentulah, tapi yang pasti awal dari kauyou
faham
eh iyaa, aku nak tanya
dia selalu pakai baju rumah sukan biru ke baru-baru ni?Sebabnya, memang aku tak pernah lagi nampak dia pakai baju lain selain baju biru itu. Favouritelah barangkali.
isya
iyaSudahnya aku hanya diam. Nampak sangat aku beria bukan kena pandang pun.
you
dahlah
beria pula
dia bukan suka pun
lebih baik aku fikir kerja rumah maths ni
nanti kena panggil pula aku menjawab dekat papan tulis macam selaluMasuk je waktu Matematik, aku je yang selalu cikgu suruh jawab soalan. Muka aku ni macam dah kena cop Matematik. Paling takut bila soalan yang ditanya itu aku tak tahu langsung. Mahu menangis je rasanya.
isya
entahlah
aku pun bingungyou
nanti aku tanya Anne
oh ya jap, kalau balik sekolah dia naik ke atas dekat sekolah rendah tu ke juga sama macam kau?Memang setahu aku, asal balik sekolah je mesti Isya akan jalan kaki naik ke atas dekat tempat sekolah rendah. Katanya, bas sekolah dia tunggu dekat tempat itu. Kesian jugalah aku, sudahlah penat balik sekolah, panas pula itu, beg sekolah lagi berat. Ujian betul.
isya
iyaayou
lagi satu, nama dia tu Nufhrisisya
ouh mungkin
rasanya iya
sebab nama tu familiar
pernah juga aku dengar dalam bas
dialah tu_________________
Balasan itu aku tatap lama. Kemudian, aku mencari contact Anne untuk bertanyakan perihal kerja rumah Matematik.
Matematik, kau sabar sekejap! Jangan bagi kusut fikiran aku. Kita buat dengan gembira saja malam ini.
Semoga aku tidak tertekan menjawab soalan Matematik.