‧₊˚ ☁️⋅♡𓂃 ࣪ ִֶָ☾.
Habis je makan di kantin aku dan Isya bergegas ke kelas. Sebenarnya ada kerja rumah kami yang belum disiapkan, itulah tak tahu punya pasal. Tanya yang lain, diorang pun kata tak tahu. Dan bila aku fikir semula banyak kali, baru aku teringat apa yang cikgu sejarah aku beritahu kemarin. Entah sempat atau tidak untuk siapkan, nasiblah tinggal sikit je sebab sudah siapkan masa awal pagi tadi.
Sebenarnya aku dan Isya malu mahu lalu bahagian kelas tingkatan 4 yang lain ini. Tapi nak tak nak memang kena lalu juga. Mana taknya, tempat itu memang lelaki selalu lepak. Lagi-lagi dekat tangga. Tempat diorang bercerita, tempat diorang makan.
Ketika itu juga mataku menyipit bila beberapa orang lelaki dalam 5 orang berjalan menuju ke arah tandas. Cermin mata yang aku guna, aku perbetulkan seketika. Ya, sekarang ni boleh dikatakan selalu sudah aku memakai cermin mata. Ikut mood jugalah.
Aku hanya memandang belakang tubuh mereka, tetapi aku rasa lelaki yang memakai baju sukan berwarna biru itu seperti Nufhris. Bentuk badannya dan rambutnya aku kenal dan memang sama dengan ciri-ciri Nufhris.
"Isya, cuba kau tengok lelaki yang pakai baju biru sebelah kiri dekat depan kita ni," bisikku kepadanya. Laju dia pandang lelaki itu. Berkerut-kerut dahinya cuba mengenalpasti gerangan itu.
"Nufhris, kan?" tebakku. Aku pandang wajahnya dan kami sama-sama mengangguk.
"Iya."
Sekali lagi dahi Isya berkerut. Tapi kali ini memang wajahnya kelihatan bingung yang menimbulkan tanda tanya kepadaku.
"Kau tengok lelaki yang pakai baju sekolah tengah cuci tangan itu," katanya. Bila mataku jumpa akan gerangan yang dimaksudkan gadis itu, terus mataku membulat. Wajah lelaki itu tidak kelihatan kerana dia tak menghadap kami. Namun yang aku boleh katakan, lelaki itu persis Nufhris. Ciri-cirinya memang sama seperti lelaki yang berbaju biru tadi.
Kami memandang satu sama lain dengan pandangan keliru. Masing-masing masih kaget.
"Yang mana satu dia ni?"
"Dia ada kembar ke?"
"Kenapa ada orang serupa macam dia ni?"
Dan banyak lagilah yang kami perkatakan sepanjang perjalanan itu. Rasa kalut untuk membuat kerja rumah yang belum selesai itu hilang begitu saja akibat terlalu memikirkan apa yang kami lihat tadi.
Aku meliarkan mataku ke seluruh tempat niat mahu mencari lelaki berbaju biru itu. Tiada pula. Mungkin sudah masuk ke dalam tandas. Dan bila mataku menyapa kelas 4 Kasturi itu dapat aku lihat seseorang lelaki yang berura-ura mahu menaiki tangga untuk ke kelasnya. Namun belum sempat dia masuk ke dalam kelas, Damien di muka pintu itu mengajak dia berbual. Lelaki di hadapan Damien itu memakai jersey berwarna merah. Aku cuba untuk membaca nama yang terpampang di belakang jerseynya itu.
NUFHRIS
Sesudah aku membaca dan mengetahui gerangan itu, terasa seperti aku tak mampu untuk berjalan. Pelbagai perasaan memenuhi diri.
"Isya, tengok lelaki yang dekat depan pintu 4 Kasturi. Cepat," bisikku keras. Aku tak lagi memandang ke arah itu. Aku hanya memfokuskan mataku ke hadapan dan mempercepatkan perjalananku yang selambat siput itu.