هانن ١

132 10 0
                                    

‧₊˚ ☁️⋅♡𓂃 ࣪ ִֶָ☾.

Bunyi notifikasi dari seseorang menyentakkanku yang mula diulit mimpi. Aku mengelus dada kerana terperanjat.

"Aku baru je nak terlelap, mesti dia chat lagi." Terkumat-kamit bibirku seraya mencapai telefon pintar yang berada berdekatan. Sudah dapat meneka siapa gerangan itu.

Malas sebenarnya nak melayan. Tapi kalau tak dilayan, mulalah cakap buruk pasal kita. Kalau kena block nanti esok lusa hebohlah itu satu sekolah. Tak faham betullah aku.

dhaffa

dhaffa
weh

you
?

dhaffa
ada orang suka kau

you
siapa?

dhaffa
orang

you
memang yang suka aku tu kambing

dhaffa
HAHAHA
nanti dia malu

you
kau tak payahlah bagitau dia yang kau bagitau aku

dhaffa
kejap
kau bukan ke tak suka kalau orang suka kau?

you
yes
sebab itulah aku nak tahu
benda ni buat aku lagi curious
bagitau jelah huruf depan dia ke

dhaffa
N

you
n?
seriouslah n?

dhaffa
ya
asal?

you
kelas apa?

dhaffa
dekat sekolah nanti kau jumpalah tu

you
bagitau jelah
apa yang susah sangat
bukannya aku suruh kau confess dekat crush pun

dhaffa
perghh HAHAHA
nantilah

you
berapa huruf nama dia?
last
tu je aku nak tahu

dhaffa
7 kut

you
7?
tak kan kau tak tahu

dhaffa
entah
nanti aku tanya dia

you
nama kawan sendiri pun kau tak tahu ke weh
terasa dia nanti

dhaffa
adoi
aku panggil nama singkat je
nama penuh tak tahu

you
kau bagitau jelah kelas dia
senang sikit aku nak tahu siapa
kelas 4 kasturi, bali, purut?

dhaffa
uish
macam kau tau tau je ni

you
mana ada lah
cepatlah

dhaffa
tekalah

you
kau jangan nak main main dengan aku mohd dhaffa
ni mesti kes kau tipu aku kan

dhaffa
astaghfirullah
tak ada masa aku nak tipu
bagus aku push rank

you
4 kasturi?

dhaffa
ya, betullah tu

you
pls
bagi la clue sikit nama dia

dhaffa
jap
n...f...r...

you
apa benda ni siak?

dhaffa
cluela apa lagi

____________________

Lantas telefon aku matikan. Geramlah.

"Cluelah sangat. Satu pun tak membantu. Siapalah agaknya lelaki yang nama dia ada huruf n, f dan r ni?"

Dahi aku berkerut cuba untuk mengingat akan sesuatu.

"Setahu aku lelaki kelas 4 kasturi paling sikit. 7 orang kot tak silap. Tapi, aku taklah kenal semua," kataku bermonolog sendiri. Nak juga tahu siapa lelaki 'malang' yang suka dekat aku tu. Macam mana boleh tersuka, aku pun tak boleh fikir. Apa yang dia nampak dari aku ini? Nak gelak, tapi diri sendiri.

Mahu saja aku tanya kawan-kawan aku yang lain. Tapi, pasti mereka banyak soal. Sama macam akulah. Jadi, hasrat itu aku hanya pendam sajalah. Terkadang lebih baik memendam daripada mengutarakan.

"Lebih baik aku tidur, buat apa nak fikir pasal benda ni. Tak ada faedah langsung," bebelku. Selimut sudah ditarik menutupi tubuh. Belum sempat mata dipejam, bunyi notifikasi kembali memasuki sistem pendengaranku.

Nafas dihela kasar. Sabar wahai hati.

dhaffa
weh
dia kirim salam

Aku tersentak seketika. Mata jangan cakap kalau boleh keluar biji mata itu dek kerana terkejut.

What the-

Sungguh di luar jangkaan aku ya.

Berani sia lelaki tu. Perghh.

Mesej itu aku pandang lama. Otak aku seakan kosong. Bagaikan terasa di dalam mimpi.

Tak habis lagi ya? Siap berkirim salam bagai pula itu. Makin membuak-buak perasaan ingin tahu aku tentang lelaki misteri itu.

dhaffa
woi
kau dah tidur ke?

Aku memutar bebola mata malas.

you
semua salah kaulah ni

dhaffa
aik
aku lagi?

you
diamlah

dhaffa
marah ke?
sorry
tidurlah

Disebabkan malas mahu membalas. Mesej itu aku biarkan tergantung sepi. Mata sekali lagi dipejam cuba mengusir fikiran yang menganggu tidurku sebelum aku terlena.

Leyla Hanan Where stories live. Discover now