BAB 31🌹

71.4K 2.4K 156
                                    

MEREKA sedang dalam perjalanan pulang ke KL setelah 3 hari di Teratak Fatimah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MEREKA sedang dalam perjalanan pulang ke KL setelah 3 hari di Teratak Fatimah. 3 hari yang paling bermakna sekali.

"Yang abang monyok ni kenapa? Tak puas lagi ke balik kampung?"

"Kan abang dah cakap nanti title cucu kesayangan tu jatuh kat Lia. Tengok tokma beria sedih bila nak berpisah dengan Lia. Abang langsung tak hirau sangat. Peluk abang pun berapa saat je. Pastu sambung peluk Lia." Harraz cebikkan bibir.

Tawanya tercetus. "Lah ingat apa lah tadi. Dengan Lia pun nak jealous ke?"

"Mestilah tu tokma abang tau. Lia dah rampas nenek kesayangan abang." Harraz jelir lidah.

"Lia cuma nak tumpang kasih sayang tokma je abang. Sebab Lia tak pernah dapat merasa kasih sayang seorang nenek. Dan bila Lia kahwin dengan abang. Barulah Lia dapat rasa semua tu."

"Alah serious pula sayang ni. Abang gurau je lah. Everything i have in this world, it's all yours sayang. Nyawa abang pun, abang sanggup korbankan untuk sayang. Setakat kongsi kasih sayang tokma ni apalah sangat."

"Lia tak nak abang korbankan nyawa untuk Lia. Sebab i can't live without you husband. Biar Lia je yang korbankan nyawa Lia untuk abang."

Walaupun baru seminggu lebih je mereka bergelar suami isteri, dia dah sangat jatuh sayang pada Harraz. Tak terbayang kehidupannya nanti kalau tak ada Harraz di sisi.

"Habis tu Lia ingat abang boleh hidup lah kalau Lia tak ada kat sisi abang? I can't princess."

"Okay jadi kita sehidup semati."'Aulia buat jari pinky promise. Jari kelingking mereka disatukan.

Telefon Aulia berdering mematikan perbualan mereka. Poket sling beg dikorek hanya guna satu tangan. Jangan tanyalah mana pergi tangan kanannya. Dari awal perjalanan Harraz dah pegang tak nak lepas.

"Abang!" Aulia mendengus. Harraz ni bukan tak nampak dia tengah bersusah payah ambil phone dalam beg. Dia boleh buat tak reti je. Langsung tak nak lepaskan tangannya.

Unknown number

Walaupun tak tahu siapa gerangan si pemanggil, Aulia angkat juga. Mana tahu berkaitan hal kerja. Jangan scammer sudah.

"Hello assalamualaikum." Aulia beri salam.

"Waalaikumsalam. Hai Lia." Jawab si pemanggil. Suara lelaki.

"Sorry who's speaking? Sorry i didn't save your number." Gaya tegur macam dah lama kenal.

Sesekali Harraz menjeling isterinya. Bahu Aulia dicuit dan keningnya diangkat bagai menyoal siapa si pemanggil.

Aulia angkat bahu tanda dia tak tahu.

"Saya Farhan lah!" Terang lelaki itu ditalian.

"Farhan anak Dato' Khalid?" Aulia mahu kepastian. Rasaya Farhan yang tu je la dia kenal, mana ada dia kenal Farhan yang lain.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now