BAB 4🌹

89.8K 3K 128
                                    

HARRAZ DANIAL memberhentikan keretanya di hadapan rumah banglo mewah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARRAZ DANIAL memberhentikan keretanya di hadapan rumah banglo mewah.

"Cantik jugak rumah Auntie Zahrah." Lama dia memerhati kawasan halaman rumah banglo yang cukup besar itu lalu menoleh di seat sebelahnya.

"Dia boleh bantai tidur bukannya nak temankan aku drive ke apa. Dah la tak tunjuk kat ceruk mana rumah dia nasib ada waze. Kang aku hantar dia balik hutan, kawan dengan monyet. Baru padan muka dia. Garang dah macam singa dah."

Tapi berani ke Harraz kau nak hantar dia balik hutan kang tak silap-silap mama kau pulak yang hantar kau masuk hutan. Elok dua-dua kawan dengan monyet.

Harraz mendekati Aulia yang nyenyak tidur itu.
"Tidur mati ke dia ni sampai dah kat depan rumah dia pun dia boleh tak sedar." Hati Harraz berbisik.

Harraz merenung Aulia lama. Makin cantik pulak dia ni bila dekat macam ni. Kening dah terbentuk cantik. Bibir kemerah-merahan. Tangannya cuba untuk mengerakkan Aulia.

Namun lain pulak yang jadi bila dia menyentuh pipi Aulia dan mengusap perlahan. Lama-lama wajahnya makin mendekati wajah Aulia. Hatinya berdebar kencang. Entah syaitan mana yang merasuknya ketika itu. Dia mahu mendaratkan bibirnya di pipi Aulia.

Berapa inci sebelum bibir Harraz mendarat di pipi Aulia. Aulia tersedar. Terkejut Aulia melihat tubuh Harraz yang sangat dekat dengannya.

Harraz terkesima lantas menjauhkan diri dari Aulia. Dia cuba untuk mengawal riak wajahnya.

"Eh awak nak buat apa kat saya? Awak jangan macam-macam saya report kat mummy saya nanti." Dasar lelaki gatal! Tak tahu dosa pahala ke apa dia ni.

"I buat apa? I cuma nak kejutkan you je. Dah la tidur ada liur basi. Harap muka je cantik tapi penggotor." Kutuk Harraz cuba untuk menghilangkan rasa malu bila dia hampir terkantoi mahu mencium pipi Aulia. Dah kenapa dia tak boleh berfikir waras tadi. Buatnya dia beul-betul cium Aulia tadi macam mana?

Hah air liur basi? Sejak bila pulak dia jenis tidur keluar air basi. Walaupun tak mempercayai kata-kata Harraz dia tetap memeriksa kawasan yang dikatakan ada air liur basi. Kot-kot benar apa yang dikatakan oleh Harraz. Kalau ada, memang Harraz akan ketawakan dia tak berhenti.

"Huh tak ada pun." Sunvisor ditutup kembali. Dia buat kereta Harraz macam kereta dia sendiri. Langsung tak minta izin nak tengok cermin.

"Ada kan peta Malaysia tu kat mulut you?" Harraz masih menyakat.

Aulia terus hempuk bahu Harraz guna beg tangannya. "Memainlah dia ni."

"Sakitlah! Ni nak balas dendam ke apa?" Bahunya digosok.

"Padanlah muka awak." Aulia menjeling.

"Memang tak reti-reti nak turun eh? Ke you tunggu i bukakan pintu untuk you? Oh yeah i tau you sukakan dapat berduaan dalam kereta ni dengan i?" Harraz tersenyum menggoda.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now