BAB 14🌹

76.2K 2.4K 546
                                    

AULIA berjalan keluar dari restoran itu seiring dengan Harraz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AULIA berjalan keluar dari restoran itu seiring dengan Harraz. Dia terus memegang erat lengan lelaki itu bila dia hampir terjatuh bila terpijak batu kecil. Ya Allah apahal jalan ni banyak batu-batu kecil ni. Susah nak berjalan.

"You okay ke tak ni Lia?" Tangan Aulia yang berpaut erat di lengannya dibiarkan.

"Yeah i'm okay, terpijak batu sikit je." Aulia menstabilkan tubuhnya kembali.

"Sorry saya tak sengaja pegang lengan awak."
Pegangan tangan pada lengan Harraz dilepaskannya.

Aulia berjalan perlahan-lahan. Takut juga kalau dia mahu terjatuh lagi. Lebih-lebih lagi dia memakai high heels. Lagi la dia mahu lebih berhati-hati.

"Kalau you takut jatuh, pegang je lengan i. I tak kesah." Bukanlah dia mahu mengambil kesempatan ke atas Aulia tapi dia risau kalau Aulia terjatuh nanti.

"No it's okay. I'm fine." Tak nak la dia berpaut pada lengan Harraz lagi.

Razif yang dari tadi tahan sabar terus menghampiri Aulia dan Harraz bila mereka sampai di parking kereta. Dari dalam restoran tadi dia menahan cemburu melihat Aulia bersama dengan seorang lelaki. Bertambah sakit hatinya lagi apabila lelaki itu adalah Harraz. Sepupunya sendiri.

Kemesraan yang dipamerkan mereka menambahkan rasa marah dalam diri Razif. Kenapa dengannya Aulia tak pernah semesra itu.

"Tak guna punya sepupu. Girlfriend aku pun kau nak sebat! Kau tahu kan yang aku cintakan dia. Yang kau nak menggatal dengan Aulia kenapa?" Razif terus menumbuk muka Harraz. Harraz yang tak menjangkakan hal itu berlaku terus tersungkur atas jalan tar.

"Razif! You dah gila ke apa? Kenapa you tumbuk dia? Dan sejak bila pula i jadi girlfriend you!" Tanpa amaran Aulia terus menghadiahkan penampar kuat di pipi Razif dan tubuh Razif didorong kuat ke belakang. Aulia terus mendapatkan Harraz.

Tangannya memegang muka Harraz. "Haz awak tak apa-apa ke?" Aulia bernada cemas. Dia risaukan Harraz. Bertambah risau Aulia apabila melihat darah yang mengalir di tepi bibir lelaki itu.

Razif terpegun dengan tamparan gadis itu. Boleh tahan sakit juga tamparannya. "You tampar i Lia? Hey Lia yang you nak kesah sangat pasal dia ni kenapa?" Hati Razif makin panas bila lihat riak kerisauan di wajah Aulia.

"Suka hati i la i nak kesah ke apa. Apa kena mengena dengan you!" Tengking Aulia. Kenapa Razif tak habis-habis nak buat onar.

Harraz cuba untuk bangun dari pembaringan.
"Bro kau dah salah faham ni aku..."

"Salah faham kepala hotak kau. Kau ingat aku tak nampak korang dalam restoran tadi. Kemain korang bermesra kan. Patut la you tak terima cinta i sebab ada jantan ni dalam hati you!"

Razif menerpa ke arah Harraz dan memberikan penumbuk sekali lagi di muka Harraz tanpa sempat dihalang Aulia. Harraz hanya membiarkan Razif melepaskan marahnya. Sikit pun dia tak melawan.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now