BAB 18🌹

72.8K 2.3K 406
                                    

PANG! Muka Harraz tertoleh ke kanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PANG! Muka Harraz tertoleh ke kanan. Pipinya dipegang perlahan. Agak pedih dengan tamparan Tan Sri Kamil.

"Papa tak pernah ajar Haz buat perkara terkutuk ni! Haz memang sengaja nak malukan papa and mama ke? Kalau dah gatal sangat kenapa Haz tak terima je waktu mama and papa jodohkan Haz dengan Lia! Kenapa nak bersekedudukan berdua macam ni." Timbul urat di dahi Tan Sri Kamil. Betapa dia cuba untuk menahan perasaan marahnya.

"Pa.. Haz dengan Lia tak buat apa-apa pun. Mama percayakan Haz kan?" Harraz menghampiri Puan Sri Laila yang duduk di sofa. Kelihatan raut wajah kecewa jelas terpapar di wajah wanita itu.

Tangan wanita itu digengam erat. "Ma please percayakan Haz yang kami tak buat apa-apa pun."

Puan Sri Laila hanya memandang Harraz dengan perasaan kecewa. Wanita itu dah teresak-esak menangis. Hatinya hancur bila kepercayaannya dirobek anak lelakinya.

"Uncle..auntie please jangan marahkan Haz. Haz tak salah apa-apa pun. Dan kami tak berzina pun." Aulia tegakkan kebenaran. Rasa bersalah bila Harraz yang kena serang. Padahal dia yang punca semuanya.

"Habis tu macam mana Lia boleh ada dalam rumah Haz?" Dari tadi Dato' Hisyam cuba mengawal perasaannya. Ikutkan hati dia sudah lama pemuda ini makan penumbuknya.

Harraz terdiam. Patutkah dia menceritakan hal yang sebenarnya? Tapi Aulia tak nak orang tua mereka tahu tentang kejadian semalam.

"Hah Lia? Semalam mummy call Lia, Lia cakap Lia tidur rumah Damia. Tapi sekarang pejabat agama tangkap Lia tengah bersekedudukan dengan Harraz dalam rumah. Apa semua ni Lia?"

Tengking Dato' Hisyam. Dia tak sangka anaknya sanggup buat perkara terkutuk ni. Di mana silapnya dalam mendidik Aulia sampai anaknya boleh tersasar macam ni.

Aulia masih menangis dalam pelukan Datin Zahrah. Dia sendiri pun masih terkejut dengan apa yang berlaku. Tak sangka JAIS boleh datang ke rumah Harraz.

"Abang cuba buat bersabar sikit. Kita tanya elok-elok. Kalau nak marah-marah macam ni sampai esok benda ni tak selesai." Datin Zahrah mengusap belakang Aulia cuba untuk menenangkan anaknya.

Tipulah kalau dia cakap dia tak kecewa bila pihak JAIS menelefon rumahnya memberitahu yang anaknya ditangkap khalwat. Rasa nak gugur jantung dia. Lagi mengejutkan bila dia sampai, anaknya bersama dengan Harraz. Tapi kalau dia juga ikut marah sampai bila-bila perkara ini tak dapat diselesaikan.

"Dato', Tan Sri harap diminta bertenang. Kita bincang perkara ni elok-elok. Untuk menyelesaikan perkara ini diminta pihak lelaki untuk membayar denda ataupun Tan Sri dan Dato' nak nikahkan diaorang je." Seorang lelaki berkopiah menyampuk perbualan anak beranak itu.

Tan Sri Kamil dan Dato' Hisyam diam seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

"Okay macam ni saya bagi ruang untuk berbincang. Apa-apa keputusan sila bagitahu saya secepatnya. Saya minta diri dulu." Sambung lelaki itu lagi.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now