BAB 2🌹

102K 3.5K 385
                                    

DATIN ZAHRAH berjalan perlahan-lahan sambil membawa secawan kopi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DATIN ZAHRAH berjalan perlahan-lahan sambil membawa secawan kopi.

"Nah kopi abang." Kopi itu diletakkan atas meja kecil depan sofa. Dia labuhkan punggung bersebelahan dengan suaminya.

"Okay kejap lagi abang minum. Lia tidur dah? Kaki dia teruk sangat ke?" Dato' Hisyam masih menumpukan mata di televisyen.

"Dah lepas isyak tadi terus dia masuk tidur. Kaki dia tu terseliuh sikit je. 3 4 hari esok baiklah tu kakinya."

"Ni abang, Lia tak diterima kerja pun masa interview tadi." Sambung Datin Zahrah lagi. Dia mula buka cerita.

Dato' Hisyam hanya senyum nipis. Tak payah diberitahu pun dia dah tahu jawapannya.
"Abang tahu Lia tak akan diterima mana-mana syarikat sekali pun."

Datin Zahrah mendengus geram. "Apa maksud abang ni? Abang tak percayakan kelayakan anak kita ke apa? Tak gunalah dia belajar sampai ke London tu kalau daddy dia sendiri pandang rendah pada dia."

"Ish awak ni kan cuba dengar dulu sampai abang habis cakap. Suka nak terus buruk sangka kat abang."

"Dah tu kenapa abang cakap macam tu?"

"Abang yang suruh diaorang jangan sesekali terima Lia kerja kat sana. Company yang Lia pergi interview semua tu company kawan-kawan abang. So abang buat deal lah dengan diaorang jangan terima Lia kerja sana. Tujuan abang, biar one day anak kita tu putus asa, so dia nak kerja kat Jaya Holdings tu. Tapi sampai sekarang tak reti-reti nak putus asa budak tu." Dato' Hisyam mengeluh.

Membulat mata Datin Zahrah. Rupanya ni semua ulah suaminya sendiri. Patutlah bukan main susah lagi Aulia nak dapat kerja.

Dada suaminya ditepuk perlahan. "Abang ni tak baik tau buat anak kita macam tu. Zah kesian tau tengok muka kecewa anak kita tu setiap kali dia gagal interview tu. Rupanya ni semua kerja abang."

"Abang terpaksalah buat macam tu dah Lia sendiri yang degil sangat tak nak kerja kat syarikat abang. Apa yang dia nak berdikari sangat pun abang tak tahu la. Kat Jaya Holdings tu boleh berdikari apa kenapa sampai nak kerja kat company lain."

"Kalau Lia dah kerja kat tempat lain, lagi susah tau Lia nak kerja dengan abang. Dia tu satu-satunya anak kita tau. So kalau bukan dia yang handle syarikat tu bila abang dah tak ada nanti, abang nak harapkan siapa lagi. Abang bina company tu untuk Zah dan Aulia juga."

"Dah tu sampai bila abang nak biarkan Lia macam tu. Ke hulur ke hilir pergi interview tapi sia-sia je."

"Lepas kaki Lia tu sembuh, abang nak paksa dia masuk office. Kali ni abang tak akan mengalah dengan anak kita tu."

"Ikut suka abang lah. Zah ikutkan aje."

"Tapi Zah jangan cakap ni semua kerja abang pulak. Kalau dia tahu abang yang berpakat dengan CEO tu semua mau dia merajuk dengan abang sebulan."

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now