𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟰

62K 2.2K 1.1K
                                    

Seminggu berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seminggu berlalu...

HUJAN renyai membasahi tanah perkuburan yang masih merah ini. Langit seperti menangis meratapi pemergian seseorang.

Hanya dia yang masih setia datang di tanah perkuburan ini tanpa mengira hujan panas. Sudah seminggu arwah pergi, tapi dia masih belum boleh terima kematian insan yang dia amat sayang ini.

Buku surah yassin ditutup. Tanah merah itu direnung dengan mata yang kebasahan. Tak pernah dia sangka akan lalui dugaan berat ini.

"Why you left us? Kita dah janji nak raya sama-sama kan tahun ni. Lia tak sempat pun nak ucap kata perpisahan. Lia rindukan..." Aulia tak dapat menghabiskan ayat itu.

Aulia tertunduk-tunduk menangis tersedu-sedu. Air matanya tetap turun laju seperti ini hari pertama arwah pergi. Dan hujan semakin turun dengan lebatnya.

Aulia masih setia di situ tanpa menghiraukan jubah hitamnya yang mula membasah disebabkan air hujan itu.

Dan tiba-tiba ada satu tangan yang sedang memayungkannya sekarang ni. Sepasang tangan yang sedang memakai baju kemeja hitam.

Aulia mengharapkan orang itu adalah suami tercintanya. Tapi dia tahu itu sangat mustahil untuk berlaku.

"Abang..." Seru Aulia dengan suara yang makin sebak. Bibirnya makin bergetar. Aulia kuatkan diri untuk mendongak.

"Puan Aulia." Panggil satu suara garau.

Helmi? Dia tak nak lelaki itu. Dia nak suaminya sekarang ni kat depan mata dia sekarang. Aulia memandang semula kubur itu.

"Helmi. Lama saya tak jumpa awak. Awak sihat? Anak isteri awak sihat?" Aulia sekadar berbasi. Dia harus berpijak di bumi nyata. Harraz tak akan ada di sini.

"Semuanya sihat alhamdulillah puan. Cuma saya nampak yang puan sekarang ni macam tak sihat." Helmi memahami keadaan isteri bossnya itu. Siapa je akan mudah reda kalau kehilangan orang yang tersayang buat selamanya.

Bibir Aulia mengherotkan sedikit senyuman. "Macam mana awak tau saya kat sini?"

"Puan lupa ke? Saya akan muncul bila perkhidmatan saya diperlukan. Saya akan ada di sisi puan untuk jaga keselamatan puan bila Encik Harraz tak ada di sisi puan. Ni amanah dia puan."

"Dan arwah pernah pesan pada saya, kalau terjadi apa-apa pada dia, dia amanahkan saya untuk jaga seluruh ahli keluarganya macam saya jaga nyawa saya sendiri. Dan tu ada dua orang lagi bodyguard yang akan turut membantu saya."

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now