SPECIAL CHAPTER 4

80.1K 2.7K 1K
                                    

SEBAIK sahaja dia keluar dari perut lift, rasa nak pengsan tengok keadaan rumah yang dah bersepah dengan permainan si kembar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEBAIK sahaja dia keluar dari perut lift, rasa nak pengsan tengok keadaan rumah yang dah bersepah dengan permainan si kembar.

"Harraz Danial! Haidar Aryan! Haidar Aisy!" Suara lembut Aulia terus berubah jadi harimau kelaparan. Memang sekarang ni dia rasa macam nak telan anak beranak tu hidup-hidup.

Mereka baru sahaja balik dari majlis resepsi Damia dan Farhan. Dan dia baru je naik atas sekejap sebab nak mandi dan turun-turun je mereka bertiga dah berperang. Apa tak tahu letih ke diaorang ni balik-balik je terus nak main. Dah pukul 11 malam kot. Macam tak ada hari esok nak main pun.

Jeritan Aulia diabaikan ketiga-tiga beranak tu.

BANG! BANG! BANG! Harraz lepaskan tembakan. Dia berselindung di balik sofa. Pistol mainan masih diacukan ke arah musuh.

Sekarang mereka tengah main askar-askar. Kain mafla askar diikat di kepala masing-masing. Dan bukan cuma itu, wajah mereka dah penuh dengan contengan hijau. Memang gaya askar betul. Ni pun nasib tak ada uniform askar je ni. Tidak dah complete satu set askar.

"Aisy, musuh kat sebelah kiri. Watch out!" Musuh yang di maksudkan adalah Haidar Aryan.

Haidar Aryan terus lepaskan satu das tembakan ke arah adik kembarnya. Dan terus peluru palsu itu singgah di bahu Haidar Aisy.

"Sorry daddy. I'm dead. Bluekk." Haidar Aisy pura-pura rebah di lantai dan pejamkan mata. Lidahnya terjelir keluar.

"Yes shot hit. I'm win daddy!" Pistol mainan itu diangkat tinggi ke udara. Macam tengah betul-betul berperang gayanya.

"Eh not yet. Daddy tak mati lagi ni. So shoot me if you can. You can't win this game son."

Harraz terus bersembunyi semula. Bila Aryan cuba mara ke arahnya. Dia terus berguling ke sofa yang lain.

"Now let me me shoot you son." BANG! Memang dia terus tembak lah bila Haidar Aryan masih mengejarnya.

"Yes daddy the winner! Bahahaha." Harraz gelak jahat. Dia menumbuknya dadanya dengan kedua tangannya. Eh dah macam gaya king kong lah pula.

"Oh no i'm lost." Haidar Aryan pula yang pura-pura mati.

"Eh angkasawan dah mendarat kat bulan lah. Bila mummy muncul ni?" Harraz menegur isterinya yang tengah bercekak pinggang. Wanita itu hanya pakai dress tidur corak bunga-bunga kecil. Dress tidur untuk ibu mengandung. Dan Aulia masih cantik macam selalu.

Dari tadi Aulia berdiri kat sini memerhati tiga beranak tu Harraz langsung tak nampak ke?

"Abang juga yang buat Lia jadi angkasawan macam ni." Bengong punya suami. Suka betul panggil dia angkasawan. Tahu lah sekarang ni dia dah sarat mengandung. Minggu depan dah masuk 9 bulan usia kandungannya.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now