BAB 21🌹

85.7K 2.6K 351
                                    

RASA sejuk sangat hati Aulia bila dia mendengar bacaan solat Harraz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RASA sejuk sangat hati Aulia bila dia mendengar bacaan solat Harraz. Waktu dia nak solat maghrib tadi Harraz mengajak dia untuk berjemaah sekali. Dia hanya turutkan. Okay juga solat berjemaah, pahala pun berlipat ganda.

Aulia mengaminkan bacaan doa Harraz. Lain sangat rasanya solat maghrib malam ini bila berimamkan Harraz. Mungkin kerana ini adalah solat pertama mereka secara berjemaah sebagai suami isteri.

Aulia menghulurkan tangan kepada Harraz. Teragak-agak Harraz menyambut huluran.

Tangan Harraz dikucupnya lembut. "Er sorry saya dah terbiasa cium tangan daddy and mummy."

Harraz hanya senyum kecil. "Hmm Lia."

"Ya?" Aulia terus memandang tepat wajah Harraz menanti butir bicara lelaki itu.

"Cantik sangat you pakai tudung masa kita nikah. Seriously i ingat bidadari mana tadi. Sejak bila you pakai tudung? I tak tahu pun." Puji Harraz ikhlas. Memang dia terpegun sangat dengan kecantikkan isterinya. Wajah Aulia kelihatan lebih suci dan ayu.

Tersipu-sipu Aulia dengar pujian Harraz. Walaupun hari ni dah berbakul-bakul dia dengar pujian dari orang ramai, tak tahu kenapa bila dengar pujian dari suaminya buat dia rasa segan gila.

"Thank you Haz. Saya tak tahu kenapa hati saya tetiba terdetik nak pakai tudung. Perasaan tu tiba-tiba datang. Maybe it's the right time for me to be a better person. Dah tiba masanya untuk saya tutup aurat dengan sempurna. Lagi pun dah banyak sangat dosa saya sebab biarkan aurat saya terdedah." Rasa sebak Aulia menuturkan katanya.

Dia rasa sebak bila mengenangkan betapa jahilnya dia sebelum ni. Dia tahu sebagai seorang muslim memang dah jadi kewajipan untuk menutup aurat dengan sempurna, tapi dia selalu leka. Leka dengan duniawi. Pakai skirt pendek, kadang-kadang baju tanpa lengan tu perkara biasa bagi dia.

Bukan mummy and daddy tak pernah tegur, tapi dia je selalu buat tak endah dengan teguran orang tuanya.

"Ya Allah ampunilah dosa-dosaku Ya Allah." Aulia cuba menahan air matanya dari gugur bila mengenangkan dosa lampaunya.

"Glad to hear that. I'm happy for you sayang. I pun bukan baik sangat but kita sama-samalah cuba belajar hal agama dengan lebih mendalam lagi."

"InsyaAllah Haz." Aulia tersenyum manis dan bangun melipat sejadah dan diletakkan di tempatnya.

"Sayang sini jap." Aulia yang duduk di meja solek menoleh kebelakang.

"Buat apa?" Aulia menyoal pelik.

"Sini je la. Duduk sebelah i. I nak cakap sikit about us." Harraz yang duduk di tepi katil menepuk tilam supaya Aulia duduk di sebelahnya.

Aulia masih membatu. Nak pergi ke tak?

"You nak datang kat i secara rela atau nak i paksa you?"

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now