BAB 50🌹

83.8K 3.2K 686
                                    

SETELAH dia berpuas hati dengan penampilannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETELAH dia berpuas hati dengan penampilannya. Aulia keluar dari toilet. Baru beberapa langkah dia keluar dari toilet, tubuhnya dipeluk dari belakang. Aulia meronta-ronta. Dia dapat rasakan itu tubuh sasa seorang lelaki yang peluk dia.

Mulutnya dicekup. Serta merta dia teringat balik sewaktu dia kena culik dulu. Situasi sekarang ni sama persis macam dulu.

Aulia ketakutan. Ya Allah janganlah Kau kembalikan sejarah dulu. Dia takut kalau peristiwa hitam tu terjadi balik.

Tubuhnya dah dibawa ke suatu tempat yang agak terpencil. Tiada satu manusia pun di situ. Tubuhnya masih dipeluk dari belakang erat. Bila lelaki itu lepaskan tangan di mulutnya dia terus menjerit kuat sambil meronta. "Tolong!"

"Hey it's me, your husband. Don't be scared."
Seru Harraz lembut ditelinganya. Harraz makin eratkan pelukan. Dia sangat merindui wanita ini.

Aulia terus pusing belakang dan pang! Harraz terkaku bila kena tampar. Kenapa ini benda pertama yang Aulia buat seraya mereka bertemu balik selepas 4 tahun ini.

"Kenapa awak buat macam tu Harraz? Saya takut tahu tak! Awak tahu kan saya trauma sebab kena culik dulu tu. Awak dah lupa ke? Ke ingatan awak tu tak pulih lagi?" Matanya mencerlung tajam pandang Harraz.

Arh kenapa dia boleh lupa pasal tu. "Lia, abang minta maaf. Abang tak ada niat pun nak buat Lia rasa takut. I'm so sorry sayang."

"Don't call me sayang. Saya geli dengar semua tu." Getus Aulia kasar.

"Oh so jantan tu panggil Lia dear, boleh pula?  Tak rasa geli? Lebih suka dengar jantan lain panggil Lia sayang dari suami sendiri!" Terus amarahnya membuak-buak.

Sepanjang majlis tadi dia tahan perasaan cemburu tengok kemesraan dua orang tu. Nasib baik dia masih hormatkan majlis daddy, tidak dah lama Edward tu makan penumbuknya.

Aulia meradang. "Awak tu siapa yang nak marah kalau ada lelaki panggil saya macam tu!"

"You asking me who am i? I'm your husband!"
Harraz pegang kedua lengan isterinya.

Aulia menepis. "Selama mana je awak boleh jadi suami saya nanti Haz."

"What do you mean Aulia Safinna?" Harraz merenung tajam isterinya. Dia masih menahan sabar.

"Faham-faham sendiri lah." Aulia menjeling tajam. Tiada langsung senyuman di bibirnya.

"Asal Lia nak bercerai sangat? Dah tak sabar nak hidup bahagia dengan jantan tu?" Harraz menengking. Timbul urat dilehernya.

"Tau pun." Saja dia curahkan lagi minyak pada unggun api. Bukan dia tak nampak Harraz dah menyinga.

"Langkah mayat abang dulu kalau Lia nak bersama dengan lelaki lain!"

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now