BAB 28🌹

63.9K 3.5K 526
                                    

AULIA hanya berbaring malas atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AULIA hanya berbaring malas atas katil. Nampak je macam tenang sekarang ni tapi hanya Allah je yang tahu dalam kepala otak ni penuh dengan pelbagai andaian. Kata-kata Farhana sebentar tadi bagai pitar rakaman yang tak berhenti berputar.

Jam dah menunjukkan pukul 10.30 malam namun Harraz masih belum pulang. Tadi pun ada jiran yang menghantar tokma pulang. Katanya Harraz ada jumpa kawan sekampung. Wanita tua itu malas nak menunggu lama-lama. Tu yang tokma pulang dulu.

Bila dengar macam ada bunyi enjin kereta cepat-cepat dia bangun nak mengintai. Langsir putih diselak sikit. Memang betul Harraz dah balik.

Bila Harraz dah masuk rumah cepat-cepat dia berlari panjat katil dan masuk dalam selimut. Dia tutup satu badan. Hanya rambut perangnya terkeluar dari selimut.

Pintu dikuak. Aulia cepat-cepat pejam mata. Dia tak nak bersemuka dengan Harraz. Amarahnya dipendam dulu. Malas nak soal selidik malam ni.

"Wow nak main hide and seek ye?" Harraz terus buat acara terjun 10 meter atas katil. Elok dia terus landing sebelah Aulia. Nak landing atas Aulia kang ada yang penyet japgi.

Dia terus peluk Aulia yang masih berbungkus selimut. "Sayang..abang dah balik ni." Digoncang-goncangnya bungkusan selimut tu.

"Nak tidur lah. Janganlah kacau." Sayup-sayup je dengar suara lembut Aulia dalam selimut.

"Tipu! Abang nampak sayang mengendap abang kat langsir tu."

Arh kantoi. Eh jap chop! Ni sejak bila pula Harraz berabang, abang dengannya. Naik meremang bulu romanya.

Aulia keluarkan kepalanya. "What do you say just now? Abang? Eeewww!"

"Yes, abang! Starting tonight calling me abang." Dia memang dah lama teringin nak dengar Aulia panggil abang.

"TAK NAK!" Memang taklah nak panggil Harraz abang. Geli kot

"Jangan degil sayang."

Aulia masih buat don't know.

Harraz naik geram. Selimut ditarik keluar dan terus dilemparkan ke bawah. Dia terus menindih isterinya. Tanpa kata tangan Aulia ditekan atas tilam dan terus mengucup wajah Aulia tak berhenti.

"Stop it Harraz!" Aulia meronta-ronta. Nafasnya tercungap-cungap.

"You call me abang, then i will stop kissing you."

"Okay saya panggil awak bro or brother? Makna sama apa." Aulia loyar buruk.

"Nak tengok abang jadi drakula gigit sayang satu badan, panggil lah macam tu." Harraz cium pula leher Aulia lama sampai tinggalkan kesan merah.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now