BAB 20🌹

83.8K 2.6K 288
                                    

Setelah hampir 2 jam Aulia berhias dan berdandan, akhirnya dia lengkap dengan persalinan pangantin berwarna putih ditubuhnya dan wajah yang dihiasi make up

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah hampir 2 jam Aulia berhias dan berdandan, akhirnya dia lengkap dengan persalinan pangantin berwarna putih ditubuhnya dan wajah yang dihiasi make up. Shawl dikepalanya dibelek. Dia sendiri tak tahu kenapa dia mahu mengenakan tudung pada hari pernikahannya.

Mungkin dah tiba masanya kot dia perlu menutup aurat dengan sempurna. Mungkin juga sebagai langkah baru sebelum dia memulakan kehidupan baru.

"Lia sumpah kau nampak cantik sangat lagi-lagi bila kau dah pakai tudung. Apa yang buatkan kau nak berubah macam ni Lia? But i'm so happy for you dear." Tubuh Aulia dipeluk. Berkaca kelopak matanya. Dah lama dia nak tengok Aulia macam ni.

"Thank you Mia. Dah lama sebenarnya aku nak berhijab tapi bila niat nak berubah tu mesti ada syaitan yang hasut aku supaya jangan buat. Mungkin Allah dah beri hidayah untuk aku berubah hari ni, hari aku diijab kabulkan. Doakan aku moga aku terus istiqamah." Itulah doanya agar imannya tak goyah lagi.

"Aku selalu doakan kau Lia." Balas Damia dalam sebak. Akhirnya doa dia dimakbulkan. Siapa yang tak gembirakan dengan perubahan baik sahabat.

Aulia menilik kembali tubuhnya. Rata-rata wanita lain di dalam bilik itu memuji cantik. Namun dia tak rasa kembang pun dengan pujian itu dek hatinya yang tengah tak stabil.

"Tapi sumpah Lia kau cantik sangat hari ni. Macam bidadari dah aku tengok kau. Ni kalau Harraz tengok kau confirm dia tak bagi kau keluar bilik." Usik Damia sambil tersenyum meleret.

Aulia cubit lengan Damia. Banyak la tak keluar bilik. Bukannya gadis itu tak tahu tentang kisah dia dengan Harraz. Walaupun begitu, kenyataan itulah yang menggerunkan dia lagi.

"Kau ni kan tak ada benda lain ke kau nak cakap. Benda mengarut tu jugak kau nak cakap." Aulia cuba menghilangkan debarannya. Dari tadi dia tak senang duduk.

Tawa Damia mati bila Datin Zahrah menjenguk masuk bilik Aulia.

"Pengantin lelaki dah sampai. Mia tolong auntie bawa Lia turun ye." Damia mengangguk.

Lagi bertambah kencang hatinya. "Damia, kalau aku lari sekarang agak-agak masih sempat tak?"

"Eh kau jangan nak buat hal! Dah jom turun. Kau anggap je la jodoh kau dah sampai walaupun dengan cara yang macam ni."

Damia memimpin tangan Aulia keluar dari bilik itu. Perlahan Aulia menuruni tangga dengan sopan santun. Kelihatan kediaman Dato' Hisyam dah dibanjiri dengan orang ramai. Semua mata tertumpu matanya. Lagi segan dibuatnya.

"Your husband is so handsome Lia. Kalau kau tak nak dia jom tukar tempat dengan aku. Sempat lagi ni." Bisik Damia di telinga Aulia. Sempat dia mengusik pengantin itu. Hanya jelingan tajam dibalas Aulia.

Aulia memandang Harraz. Mata mereka bertembung seketika. Ya Harraz memang sangat kacak hari ini. Lagi-lagi dengan pakaian lengkap baju melayu putih. Makin berdebar bila bertentang mata dengan bakal suaminya.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now