Erina sudah pun selesai mandi lalu dia mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Selepas itu, dia menjejak langkah ke meja makan.
Dia memandang semua makanan yang telah terhidang di meja dan memasang wajah berkerut. Makanan jenis apa ini? Fikirnya. Dia tidak makan masakan kampung. Dia lebih gemar makan makanan western. Ala-ala barat. Dah dia dilahirkan hidup mewah sejak kecil. Sudah menjadi kebiasaannya makan mewah dan boleh dikatakan kehidupannya sangat sempurna.
Melihatkan wajahnya yang berkerut memandang lauk pauk terhidang di meja itu, memang merupakan kali pertama erina melihat makanan kampung.
Aminah yang baru sahaja keluar dari bilik air, tersenyum apabila melihat cucunya sudah berada di meja.
"Cu, kamu lapar?" Tanya Aminah sambil menarik kerusi dan duduk di hadapan cucunya.
Erina menggeleng kepala. Memang dia lapar. Tetapi, dia tidak mahu makan makanan sebegini.
"Aku tak lapar. Kalau aku lapar sekalipun, aku takkan makan benda macam ni. Ini apa? kuah banyak and too much oil for me." Kata erina sambil membuat mimik muka yang jijik pabila memandang semua makanan atas meja tersebut. Seakan makanan itu merupakan najis pula baginya.
Aminah hanya mampu tersenyum. Menelan kata-kata pahit dari cucunya itu.
"Rasa lah dulu. Nenek yakin kamu mesti akan tambah." Kata Aminah. Memujuk erina supaya makan masakan dia. Erina mula ketawa sinis. Yakin benar neneknya ini.
"Kalau aku kata tak mahu, jangan paksa boleh tak? Kau makan aje lah tak perlu tunggu aku untuk makam sekali. Memang aku takkan makan yang kau masak sebegini rupa." Kata erina dan terus masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukan Aminah memanggilnya.
Air mata terus membasahi pipi. Hati aminah terguris dengan kalimat yamg dilontarkan cucunya. Dia sendiri tidak tahu apa salahnya sehingga erina membenci dirinya. Dia menutup lauk pauk itu dengan tudung salji. Tiada selera mahu dia makan.
Pagi.
6:30 a.m.
Aminah bangun kemudian memberi ayam dan juga itik makan. Selepas itu, dia menyapu daun kawasan rumahnya.
Dia masuk ke dalam rumah lalu langkah utamanya iaitu ke bilik cucunya. Dia mengetuk bilik erina untuk mengejut cucunya bangun.
"Rina, bangun sayang. Dah pagi ni."
Erina sedang lena tidur itu mula terganggu.
"Tak payah kacau lah, aku nak tidur!" Katanya dengan Lantang.
Aminah menghembus nafasnya. Dia mula meninggalkan bilik erina.
Ring, ring, ring,
Telefon Erina berbunyi, pantas dia bangun dari tidur dan melihat nama terpapar di skrin.
my babyboo❤
Dia tersenyum lalu mengangkat telefon itu.
"Hello, biy. Why you calling me this early in the morning?" Suara gediknya dibuat-buat.
"Baby, what are you doing now? i miss you so much..."
Erina tersenyum lalu menggigit bibirnya sambil menggulung rambut dengan jarinya.
"Aww, poor my boyfriend... I miss you too, biy. Don't worry, I'll be back there soon. you wait, ya?"
"Okay, I keep your promise. I will wait for you. Hurry back."
"Okay baby, Tunggu i ya?"
"Ye, darling."
Erina tersenyum lebar. Panggilan telefon dimatikannya sendiri. Dia mula senyum sambil peluk teddy bear besar.
YOU ARE READING
I love you, mrs.rude || LJN
Фанфик"Patutlah kurang ajar. Budak bandar rupanya." -Ryyad arayyan "Excuse me, encik mata sepet. Mulut tu jaga ya!" -Erina Sofea [Jeno fanfiction malay ver.] ATTENTION! [Slow update]