13.[Kesilapan ku...]

12 1 45
                                    

Rayyan jejak kakinya ke rumah Aminah. Hajatnya bukan pulang ke rumah sendiri tetapi, dia mahu tengok keadaan erina.

Rayyan dehem sebelum mengetuk pintu. Dia mengetuk pintu 3 kali dan memberi salam.

Kemudian, Pintu dibuka dari dalam. Terpapar lah wajah erina.

"Oh kau. Ada apa?" Tanya erina.

"Kau..... okay?" Soal rayyan dalam nada risau.

Erina angguk kepala dan berasa pelik dengan rayyan itu.

"Aku okay. Nenek macam mana? masih tak sedar?"Erina tanya lagi.

Rayyan angguk sebagai jawapan. Erina menghela nafas pendek.

"Kalau kau ada kat sini siapa yang jaga nenek?"

"Jangan risau. Haidar ada je kat hospital. Dia tolong jagakan nenek." Erina anggukan saja.

Rayyan pandang wajah erina.

"Kau dah makan?" Soal rayyan. erina geleng sambil tersenyum.

"Jom teman aku makan. Aku belanja kau." Kata rayyan.

"Serius?" Rayyan senyum dan mengangguk kepala.

"Takkan aku nak main-main pulak."

"Okay, aku nak siap jap." Erina masuk ke dalam dan siapkan dirinya.

Rayyan setia menunggu erina di luar pintu rumah.









Mereka berjalan bersama. Suasana menjadi canggung di antara mereka. Masing-masing mengunci mulut tanpa berkata apa-apa. Rayyan menggosok belakang tengkuknya. Erina pula hanya melihat suasana kampung sahaja.

"Erm, rina." Erina menoleh saat namanya dipanggil.

"Hm?"

"Kau nak makan apa?" Tanya rayyan canggung.

"Aku tak kisah." Kata erina kemudian tersenyum dan kembali memandang kucing di jalanan.

Rayyan curi-curi pandang erina. Dia mengutum senyuman. Matanya beralih di sebuah warung berdekatan dengan mereka.

"Apa kata kita makan kat warung pak mail, nak tak? Roti canai kat situ sedap."

Erina mengangguk kepala setuju dengan rayyan.

"Okay." Rayyan tersenyum. Mereka pun melangkah ke arah warung tersebut.

Rayyan menarik kerusi untuk membenarkan erina duduk. Erina senyum dan duduk. Rayyan pula duduk di depannya.

"Kak ros, roti canai kosong dua." Rayyan menunjuk dua jari kepada seorang wanita berusia. Wanita itu mengangguk.

"Kau nak air apa?" Tanya rayyan kepada erina.

Erina memikir sejenak.

"Milo ais."

"Tak ada air lain ke?" Erina pelik dengan persoalan rayyan itu.

"Kenapa?"

Rayyan mengeluh.

"Milo tak baik untuk kau. Minum air lain."

"Dari mana pulak kau dapat info milo tak baik? Memandai aje."

"Tak perlu tahu dari mana aku dapat. Minum air lain." Erina decit bibir. Apa masalah mamat ni?

"Kalau macamtu, bagi jelah teh tarik."

"Teh tarik pun tak boleh."

"Kau ni semua tak boleh. Suka hati aku lah nak minum apa pun."

I love you, mrs.rude || LJN Where stories live. Discover now