Keesokan harinya, erina membawa Aminah keluar setelah doktor mengesahkan keadaan Aminah semakin pulih. Dia dibenarkan Discharger tapi harus pantang juga. Aminah belum sehabis baik pulih. Keadaan jantungnya masih lagi teruk. Dia juga perlu hadir ke hospital bagi check jantungnya.
Erina mendamping Aminah berjalan.
"Nenek lapar? kita pergi makan nak?" Aminah mengangguk.
"Boleh tapi bawak sekali rayyan."
"Dah kenapa ajak dia sekali?" Erina cebik bibir. Sibuk aje si rayyan itu.
"Ajak lah dia. Nenek nak tengok cucu-cucu nenek."
"Rina cucu nenek bukan rayyan." Aminah ketawa melihat cebik cucunya itu.
"Kamu berdua cucu nenek. Telefon dia, kata nenek ajak makan." Erina mengeluh. Dia ambil telefon bimbit dalam poket seluarnya.
"Yalah."
Setelah mendapat panggilan dari erina, rayyan terus keluar pergi kepada nenek kesayangannya.
Mereka duduk bersama satu meja makan kedai. Sepanjang makan, hanya rayyan dan Aminah sahaja yang borak dan ketawa bersama manakala erina senyap. Dia makan menghiraukan kedua manusia itu. Namun dalam hati tiada siapa yang tahu betapa cemburunya seorang erina. Dia memilih untuk tidak mengikut kata hati. Biar dia fokus makan. Nasi goreng dijamah kali terakhir. Suapan terakhir telah pun habis.
Erina minum sirap bandung ais. Sejak perubahannya, dia gemar minum sirap bandung semenjak rayyan membelikannya air itu di sekolah. Kini sirap bandung menjadi air kegemarannya.
"Rina, kamu dah makan?" Tanya neneknya. Erina angguk kepala. Cawan dipegangnya dia letak kembali ke atas meja.
Rayyan ketawa membuatkan erina keliru.
"Asal?" Rayyan berhenti ketawa lalu dia menunjuk jari telunjuknya tepi bibir.
"Ada nasi." Kata rayyan.
Erina segera mengambil sebutir nasi di tepi bibirnya. Dalam hati mengutuk diri sendiri akibat malu.
Tanpa mereka sedari, Aminah memandang kedua remaja itu dengan senyuman gembira.
Lepas makan, rayyan menemani mereka berdua balik. Sampai saja depan rumah aminah, mereka berhenti langkah masing-masing.
Rayyan memandang wajah aminah dan tersenyum.
"Rayyan balik dulu ya, nek." Aminah angguk dan mula mengukir senyuman.
"hati-hati." Pesan aminah. Rayyan angguk mengerti lalu dia pandang pula erina. Alis erina terangkat.
"Jumpa esok, rina." Rayyan tersenyum ke arah erina.
Erina segera toleh ke tempat lain. Pipinya mula memerah tambah pula Jantung berdegup pantas. Rayyan benar-benar bikin dia gila!
Rayyan hanya senyum melihat erina tersipu malu itu.
"Bye nenek." Rayyan mula mengorak langkahnya pulang ke rumah sendiri.
"Nenek," Panggil erina di saat neneknya sedang sibuk melipat baju.
Tangan Aminah berhenti melipat. Dia pandang cucunya sambil tersenyum.
"Ya, cucu nenek." Erina diam. Ketika ini dia tidak tahu nak cakap apa. Hanya bermain jari dan kumat bibir. Entah kenapa dia berasa gugup sekarang ini.
"Kamu nak cakap apa?" Aminah masih menunggu cucunya buka mulut.
Erina senyum kekok sambil menggosok belakang tengkoknya.
"Rina tolong nenek lipat baju ya," Erina duduk. Tangannya mula mengambil sehelain kain baju dan lipat baju itu. Namun, lipatannya tidak jadi. Dia tak putus asa dan terus mencuba. Masih saja sama. Erina mula fade up. Dia campak baju itu jauh darinya.
YOU ARE READING
I love you, mrs.rude || LJN
Fanfic"Patutlah kurang ajar. Budak bandar rupanya." -Ryyad arayyan "Excuse me, encik mata sepet. Mulut tu jaga ya!" -Erina Sofea [Jeno fanfiction malay ver.] ATTENTION! [Slow update]