Seperti biasa, rayyan akan menemani erina pulang. Rayyan memandang erina dari pandangan tepi lalu beralih pada tangan erina. Dia terlihat tapak tangan erina yang luka keunguan itu macam kena pukul.
Langkah rayyan terhenti. Erina turut berhenti langkahnya mendapati rayyan tidak berjalan lagi.
Rayyan masih ligat memandang tangan erina. Erina tahu akan maksud pandangan itu lalu tangannya perlahan-lahan ke belakang. kemudian, dia memandang ke arah lain. Arah pandangan ke satu bangunan kedai yang tampak seperti bangunan lama.
Rayyan menghela nafas pendek.
"Kau kena pukul?" Serontak rayyan bertanya. Matanya kini menatap tepat ke dalam mata erina. Erina mengeluh perlahan. Kepalanya ditunduk kebawah dan mengangguk pelan sambil matanya tertutup.
Rayyan mengeluh lagi. Memandangkan farmasi tidak jauh dari mereka, dia mula mengambil langkah menuju ke farmasi. Erina lihat saja rayyan itu. Kedua tapak tangan masih melekat di belakangnya. Tidak mahu bergerak ke mana-mana.
Beberapa minit kemudian, rayyan keluar dari farmasi dan menuju ke tempat mereka tadi.
"Tangan." Arah rayyan. Erina dengan perlahan membuka telapak tangannya.
Rayyan terus mengeluarkan unbat cecair detol dan juga kapas. Lalu dia sapu luka itu dengan sebaik-baiknya. Selesai sapu, dia meniup tangan erina pula.
Jantung erina berdegup di saat nafas rayyan meniup lembut di tangannya. Pandangannya tertatap wajah rayyan yang fokus membersihkan lukanya. Lama dia menatap rayyan begitu bahkan rayyan sendiri tidak sedar erina memerhatikannya.
Rayyan mengangkat wajah memandang tepat ke dalam mata. Sehinggakan mereka 'bereye contact' seketika sebelum Erina sedar akan pandangan mereka berdua. Erina terkedu dan matanya refleks bergerak ke sebelah bangunan farmasi sana. Rayyan tersenyum.
"Jangan luka lagi lepas ni." Kata rayyan. Matanya masih berada pada mata erina. Erina menundukkan kepala. Tidak berani ingin menatap pandangan itu sedangkan Jantungnya masih lagi berdegup.
"Jom, balik." Rayyan menarik lengan baju erina. Erina decit bibir. Sesuka hati aje tarik baju orang.
Erina masuk ke dalam rumah sambil bibirnya mengukir senyuman. Aminah menunggunya di meja makan hanya melihat erina yang tersengih itu.
"Rina, yang kamu senyum sorang-sorang tu kenapa?" Erina lantas berhenti senyum. Dia geleng kepala dan melangkah kakinya ke meja makan. Lalu dia pun duduk.
"Nenek masak apa harini," Erina menukar topik. Dia melihat lauk pauk yang dimasak oleh neneknya. Nampak sedap.
Dia segera mengambil pinggan dan mula cedok nasi. Kemudian, dia mengambil lauk gulai ikan masak lemak.
"Rayyan hantar kamu balik tadi?" Tanya Aminah.
Erina angguk sambil makan.
"Kenapa tak ajak dia masuk? makan sekali dengan kita. Nenek masak lauk kesukaan dia ni."
"Alah nenek, biarlah dia makan kat rumah. Nenek ni tak habis dengan cucu kesayangan dia tu." Kata erina sambil mengguling biji matanya.
"Aik, cucu nenek cemburu ke,"
"Takda lah." Kata erina seakan merajuk. Aminah hanya senyum. Nampak sangat merajuk.
"Kan nenek dah kata, kamu berdua cucu nenek. Nenek sayang kedua-duanya sekali."
"Iyalah tu."
Rayyan duduk di sofa lembut berwarna biru tua. Tangannya mengambil remote TV yang terletak di atas meja berhadapan dengannya. Dia menekan butang 'on' pada remote control itu dan mencari saluran yang mahu tonton. Tetapi, tiada satu pun menarik minatnya untuk ditonton. TV3? Huh. Drama melayu asyik kawin paksa tambah pula dengan megah holding. Sangat membosankan!
Netflix? dia dah pokai. Bulan ini saja bil elektrik dan air masih belum dibayar. Mahu bayar netflix? terlalu mahal. Jika dia orangnya kaya, setiap hari dia akan langgan netflix.
YOU ARE READING
I love you, mrs.rude || LJN
Fanfikce"Patutlah kurang ajar. Budak bandar rupanya." -Ryyad arayyan "Excuse me, encik mata sepet. Mulut tu jaga ya!" -Erina Sofea [Jeno fanfiction malay ver.] ATTENTION! [Slow update]