Erina mundar mandir sambil tangannya memegang telefon bimbit. Kepalanya bercelaru sekarang ini. Seminggu dia tidak dapat chat atau call dari orang di bandar sana. Entah apa yang mereka sedang buat agaknya. Fikir Erina.
Dia duduk setelah penat berfikir. Dia jadi runsing seketika. Bibirnya digigit sambil memikirkan idea.
"Tak boleh, aku kena lari dari sini." Kata erina.
Kemudian dia bangun dan ingin memapak keluar. Namun, niatnya terbantut. Dia duduk kembali ke tempat asal tadi. Keluhan kasar dilepaskan. Rambut ikal perangnya ditarik hingga ke belakang.
"Aku taktahu jalan kat sini. KL dari sini mesti jauh. Ish, menyusahkan jela" Katanya lagi.
Dia terus baring dan memejam mata tanpa memikirkan idea lagi. Mungkin esok plannya.
Pagi.
Erina bangun lewat pagi memandangkan harini cuti sekolah. Dia keluar dari biliknya kemudian menguap dan matanya mencari kelibat neneknya. Dia menggeleng kepala.
Dia melangkah ke dapur lalu membuka peti ais mencari air mineral untuk diminum. Dia mengambil botol 1.5 liter air mineral spritzer dan kemudiannya dia meneguk air itu.
Selesai minum, dia masukkan kembali air tersebut ke tempatnya dan menutup semula pintu peti ais. Dia pusing badannya dan tiba-tiba, ada seseorang di hadapannya. Erina memegang jantungnya yang kian berdegup laju akibat terkejut.
"Kau ni, buat terkejut aku jelah! kau buat apa kat sini?" Katanya apabila jantung sudah kembali normal.
Rayyan hanya mempamerkan senyuman sahaja. Dia terus duduk di meja makan dan mengambil sarapan dengan makan buah epal yang segar baru sahaja dia kutip sebentar tadi.
Erina menjengil mata memandang rayyan itu. Dia ni tak reti tahu malu ke? getus hatinya.
Rayyan mengangkat kening apabila sedar erina hanya memandangnya sejak tadi. Erina menjeling mata.
"Kau baru bangun tidur, ya?" Soal rayyan.
Erina baru sedar yang dia belum mandi lagi. Dia mula berasa malu. Sudah lah rayyan ini satu sekolah dan satu kelas dengan dia. Boleh pula dia buat hal.
Erina terus berlari masuk ke dalam bilik.
Rayyan ketawa kecil melihat telatah erina itu. So cute.
"Rayyan, dah kutip ke semua?" Tanya aminah apabila ternampak rayyan duduk di meja makan.
Rayyan tersenyum dan mengangguk kepalanya. "Dah, nenek. Nenek nak makan? rayyan boleh tolong kupaskan." Kata rayyan dan ingin mengupas buah epal itu.
Aminah terus menolak. Dia menggeleng tanda tidak mahu. "Tak apa, rayyan. Tekak nenek tak ada rasa nak makan buah. Kamu makan lah." Rayyan hanya angguk sahaja.
"Cucu nenek dah bangun ke belum?" Tanya aminah dengan matanya melekat di pintu bilik erina.
"Dah." Jawab rayyan singkat.
"Kalau begitu, nenek nak pergi reban ayam sekejap. Kamu kalau lapar makan lauk ada bawah tudung salji tu, ya?" Rayyan mengangguk kepala mendengar kata Aminah itu.
Aminah pun keluar dan menuju ke reban ayam.
Erina keluar dari bilik setelah selesai mandi. Dia memasuki perkakaran dapur dan membuat sarapan pagi. Roti bakar dan juga susu.
Siap membuat sarapan, erina duduk di meja makan sambil tersenyum riang. Dia mula menggigit sekeping roti yang dia bakar tadi.
Rayyan pandang erina kemudian dia senyum kecil.
YOU ARE READING
I love you, mrs.rude || LJN
Fanfiction"Patutlah kurang ajar. Budak bandar rupanya." -Ryyad arayyan "Excuse me, encik mata sepet. Mulut tu jaga ya!" -Erina Sofea [Jeno fanfiction malay ver.] ATTENTION! [Slow update]