Part 4 [Sombong]

35 1 44
                                    

Erina masuk ke dalam perkakaran sekolah dengan riak wajahnya yang sombong. Ramai pelajar tidak begitu suka dengan erina kerana sikapnya angkuh dan bongkah.

Sehingga ada yang ingin berteman dengannya, tetapi dia menolak. Bagi erina, mereka tidak layak berkawan dengan dirinya kerana taraf mereka jauh lebih rendah berbanding dia. Erina seorang pelajar yang kaya. Tidak perlu berkawan pun dengan budak kampung di sini.

Erina melangkah ke tempatnya lalu dia menarik kerusi dan dia pun duduk memandangkan itu adalah tempatnya. Dia duduk dengan gaya lagak diva sambil 'flip hair'  membuatkan beberapa gadis di dalam kelas itu kelas melihatnya dengan riak wajah yang menyampah. Meluat!

"Kau tengoklah perempuan itu, gedik betul." kata salah seorang gadis dalam sekumpulan kelompok dalam dua meja di barisan belakang dan tidak jauh dari tempat erina yang barisannya di tepi tingkap. Yang lain mengangguk setuju. Benar katanya.

"Sudah lah sombong pastu belagak." Rakannya di sebelah mula bersuara.
Erina hanya mendengar sahaja mereka mengumpat.

"Lain kali, kuatkan lagi speaker tu kalau nak bercakap." Kata erina Menyindir gadis-gadis tersebut. Mereka mendehem. Tak sangka pula Erina dengar apa yang mereka kata.

Erina pandang mereka sambil tersenyum sinis. Dia pandang satu persatu gadis itu.

"Aku tahu kau cemburu dengan aku dan aku tak kisah pun kau nak cerita pasal aku. Sambung lah cerita. Aku pun nak dengar jugak. Mesti best kan?" Katanya sinis. Kemudian senyumannya mula mengundur. Dia bangun dari tempatnya dah mula melangkah ke arah sekumpulan gadis tersebut.

Dia menolak gadis-gadis itu ketepi lalu melangkah keluar dari kelas. Mereka memandangnya dengan jengkel.

"Apa dia ingat dia tu diva lah?b, belagak. Dahlah budak baru lepastu acah nak tunjuk diva kat sini." Kata gadis itu tidak puas hati dengan sikap erina tadi.








Erina masuk ke dalam ruangan bilik guru. Dia ternampak nama terpapar di pintu bilik pengetua. Hj.Muhammad thaqiff.

Dia pun masuk ke dalam bilik pengetua itu. Dia mencari file biodata dirinya di dalam almari. Dia membuka satu persatu file mencari namanya.

"Kau buat apa kat sini?" Suara seseorang menerpa di telinganya. Dia terkejut lalu menyimpan semula kotak penyimpanan file ke dalam almari.

Dia memandang pula wajah di hadapannya kemudian dia mengeluh.

"Kau tu buat apa kat sini?" Bukan dijawab malah, tanya soalan yang sama.

"Aku tanya kau, kau tanya aku balik." Kata rayyan dengan geram. Erina hanya menjeling sahaja.

Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi derapan kasut menghampiri bilik pengetua. Serta merta rayyan menarik erina masuk ke bawah meja.

Pintu dikuak luas. Dua orang pengawal  mengintai keadaan  dalam bilik itu.

"Mana ada. Kau ni memandai aje." Kata pengawal rondaan sekolah itu.

"Tadi aku dengar bunyi orang bercakap." Kata rakannya pula.

"Kau salah dengar kot. Dah lah jom." Pintu itu ditutup rapat. Mereka pun mula melangkah pergi.

Erina terkedu apabila wajah rayyan begitu dekat dengannya. Mulutnya pula ditekup dengan tangan rayyan.

Mereka menatap mata sehingga jantung pam sangat laju.

Erina mulai sedar, dia menolak Rayyan menjauhinya. Dia mengelap bibir dengan lengan baju lalu pandang rayyan dengan riak tidak puas hati.

"Kau saja nak ambik kesempatan kan?"

"Aku? ambik kesempatan? Huh. Kau gila? Aku bukan jenis apa yang kau fikirkan." Rayyan mula mengorak langkahnya keluar dari bilik pengetua.

I love you, mrs.rude || LJN Where stories live. Discover now