Part 3 [Sekolah baru?]

30 2 85
                                    

Erina mengambil makanan apabila food delivery sudah sampai di depan rumah. Dia masuk ke dalam sambil mengutum senyuman lalu mencium bau haruman makanan itu. Sungguh naik selera makannya.

Dia duduk di meja makan dan membuka kotak makanan telah dia order. Buka sahaja kotak tersebut, dapat lihat begitu banyak makanan western seperti kentang, nugget, spaghetti dan ayam goreng disalutkan keju banjir. Makanan western memang paling digemarinya. Dia tersenyum lebar lalu mula memakannya.

Aminah masuk ke dalam rumahnya lalu Dia terlihat cucunya sedang makan di meja. Dia tersenyum dan segera menghampiri Erina.

"Rina beli ke?" Soal neneknya. Erina yang sedap mengunyah itu lantas terhenti.

Dia menjeling neneknya sahaja. Dia hanya makan dan menghiraukan neneknya di sebelah.

Aminah tersenyum nipis. Dia mula langkah ke arah bilik stor dengan membawa dua bakul sayur di dalam. Setelah menyimpan bakul itu, Dia keluar dari bilik dan memapak langkah di meja makan.

"Erina." Panggil Aminah. Erina hanya diam. Dia Malas mahu melayan.

"Rina, esok kamu kena sekolah tau." Kata Aminah.

Mata erina membulat besar. Seketika dia berhenti makan.

"Sekolah!? Hell, no!" Kata Erina. Dia tak mahu pergi ke sekolah. Apa entah lagi sekolah di kampung. Lagi lah dia tak suka.

"Erina kena sekolah sayang, ayah kamu dah daftarkan kamu ke sekolah tu. Takkan lah kamu tak mahu pergi sekolah, kesian ayah kamu. Kalau dia tahu, dia marah nanti. Sekolah lah ya, cu..." Erina menghembus nafasnya kasar. Dia menolak rambutnya ke belakang sambil menggigit bibir.

"Okay." Kata Erina lalu dia bangun dari kerusi dan mengorak langkahnya masuk ke dalam bilik.

Aminah mengeluh lega. Nasib baik lah dia tak bantah.










Esoknya.

Erina berjalan dengan malas masuk ke dalam perkakaran sekolah. Dia menuju ke sebuah kelas. Sampai sahaja hadapan kelas itu, Dia berhenti di hadapan pintu. Wajahnya hanya menunjukkan wajah datar sahaja dengan kedua tangannya disilang ke dada. Huh, kelas ini membosankan.

"Okay, class. Kita ada murid baru. Dipersilakan masuk." Ujar guru kelas tersebut.

Erina pun masuk dengan lagak gayanya. Dia memandang semua pelajar di kelas itu dengan pandangan dingin.

Haidar seperti syak sesuatu terus dia menolak siku Rayyan. Rayyan sedang leka mengira itu mula terganggu.

"Apa?" Soalnya.

Haidar menjuih bibirnya ke depan menghadap seorang gadis yang baru masuk tadi berdiri di hadapan bersebelahan guru kelasnya.

"Itu bukan ke perempuan kurang ajar kita jumpa semalam?" Tanya haidar.

Rayyan segera pandang ke arah yang ditunjukkan haidar tadi.

"Okay, sila perkenalkan diri anda." Erina menguling biji matanya. Perkenalkan diri? tch, macam budak darjah satu!

"Erina." Pendek sahaja katanya.

semua pelajar mula berbisik sesama sendiri.

Muka dia macam sombong kan?

Belagaknya.

Itu saja ke?

Lah, pendek aje?

Mesti orangnya sombong.

Erina dengar bisikan-bisikan itu namun dia buat tak endah sahaja. Dia hanya mampu tersenyum sinis dalam hati.

I love you, mrs.rude || LJN Where stories live. Discover now