9.[Erina...]

22 1 33
                                    

Erina bangun pagi seperti biasa. Dia keluar dari bilik dan alangkahnya dia terkejut rayyan berdiri di depan biliknya dengan tangannya disaluk  dalam poket seluar.

"Kau ni memang suka buat orang terkejut kan?!" Amuknya.

Rayyan membuat muka selamba dan  memandang ke arah lain. Sebenarnya dia malu. Malu bila terpandang penampilan erina dengan seluar pendek dan tshirt menampakkan pusatnya.

Erina menjeling rayyan lalu dia ambil tuala dan melangkah ke bilik air.

Rayyan menampar dirinya sendiri. Boleh pula dia pandang anak dara orang lama. Mengucap iyad.....


Selesai erina mandi, dia terus menukar pakaiannya kepada baju seragam sekolah. Dia keluar dari biliknya dan mengeluh nafas. Rayyan masih berada di sini lagi.

Erina mendepakan kedua tangannya sambil memandang tajam ke tepat mata rayyan.

"Kau taknak pergi sekolah ke?" Tanya erina.

"Aku tunggu kau." Jawab rayyan tenang.

Erina membulat matanya. Tunggu aku?

"Kau tunggu aku buat apa? pergi jelah sekolah. Aku boleh pergi sendiri." Kata erina dan melangkah kakinya keluar dari rumah.

Rayyan mengikut jejak langkah erina. Sepanjang perjalanan erina ke sekolah, hanya rayyan setia menemani erina sehingga ke pintu pagar sekolah.

Erina pada mulanya dia berasa rimas. Siapa saja tidak berasa rimas kalau ada yang mengikut kita? Tapi erina hanya biarkan sahaja. Kalau dia marah, tak akan jadi apa. Rayyan akan endahkan saja dia.

Sampai di pintu pagar sekolah, Rayyan menoleh kepala apabila terdengar seseorang sahut namanya.

Haidar tersenyum dan mendapatkan kawan baiknya. Dia paut tangan kanannya ke bahu rayyan. Erina tadi sudah masuk ke dalam sekolah.

"Yow, wassup bro." Rayyan pelik bila haidar tegurnya macam tadi.

"Kau alright tak?" Tanya rayyan. Yalah, takut ada terhantuk sesuatu dekat kepala.

"Aku okay lah. Aku tak demam pun. Tak percaya, cuba lah rasa." Haidar mengambil tangan rayyan ke dahinya.

"Hoi, ya aku percaya kau tak demam!" Rayyan menarik tangannya semula. Makin risau si haidar ini.

Haidar pula hanya senyum sahaja.

"Kau senyum semacam ni, ada apa?"

"Tak ada apa, cuma.... aku teringatkan kasih..." Mengingati nama yang disebut tadi, haidar terus tersenyum.

Rayyan mengguling biji matanya. Dah agak, mesti sebab perempuan. Dia geleng kepala. Bila lah kawannya ini mahu betaubat?















Erina berjalan laju pergi ke tandas. Hajatnya mahu membuang air kecil namun, dia ditahan oleh sekelompok lelaki dengan senyuman yang mengerikan. Erina menjeling geranga yang menahannya. Faris.

Sudah lama lelaki itu tidak mewujudkan diri di depan erina. Ingatkan dia boleh hidup dengan bebas tetapi, hidup pula lelaki itu....

"Kau nak apa ni? aku nak pergi tandas tau, tepi!" Erina menolak bahu faris. Faris hanya melihat saja erina bersungguh-sungguh menolak dengan kuat bahunya.

Manakala, rakan-rakannya mengejek erina.

Erina semakin geram. Dia kini tidak dapat tahan lagi.

"Aku cakap tepi kan, korang tak faham bahasa ke!?" Jerit erina.

Faris senyum sumbing. Dia mendekati erina sehingga rapat ke dinding. Dia menatap mata erina. Namun, tatapan itu penuh dendam.

Erina saat ini sudah buntu. Dalam hati dia berdebar rasa takut. Walaupun, sifatnya itu berani namun pabila berdepan dengan situasi ini membuatkan dia gelisah dan takut.

I love you, mrs.rude || LJN Where stories live. Discover now