Erina membawa beg bagasi ke dalam rumah dengan sengaja, dia menghentakkan roda beg itu ke lantai. Dia telah dihantar oleh kedua ibu bapanya di kampung neneknya Che Aminah.
Wajah ditunjukkan perasaan tidak suka dengan suasana di kampung ini. Tinggal di sini begitu menyusahkan! Dengan kawasan yang sempit dan tiada penghawa dingin langsung!
Dia mencebik. Dia tertanya-tanya kenapa kedua orang tuanya itu beria menghantarnya ke sini. Dia tidak sukakan kawasan kampung!
Erina melangkah kaki masuk ke dalam bilik. Bilik sangat sempit dan agak panas. Tiada katil dan hanya dilampikkan tilam sahaja. Dia merengus nafas dengan kasar. Dia meletakkan beg ke tepi lalu dia bergerak dengan langkah yang perlahan menghampiri tilam terlipat disandarkan ke dinding itu. Lalu erina membuka lipatan tilam tersebut dan membaringkan dirinya atas tilam itu.
Baru berapa minit erina baring, belakang badannya mula berasa sakit. Dia memicit bahu. Dia mendecit perlahan. Takkan setiap hari dia perlu tidur di atas tilam ini?
Dia mengipas tangannya pula. Suhu dalam bilik ini sangat bahang. Wajah dan bajunya mula basah akibat peluh. Macam tengah mandi pula.
"Panasnya.... macam mana aku nak tidur nanti? Mummy dengan daddy ni agak-agaklah kalau nak aku tinggal kat sini pun. Cuba lah letak aircond, katil besar lepastu air panas barulah aku selesa duduk kat sini. Ini tidak, langsung tak ada! nak tidur pun susah." Rungutnya. Dia membuka bajunya dan hanya singlet sahaja sarung di badan.
"Cucu nenek, kamu nak makan tak? nenek masakkan paling sedap untuk kamu." Kata neneknya. Erina menjeling tanda tak suka. Dia hanya angguk sahaja sebagai jawapan.
Neneknya tersenyum nipis. Dia tahu cucunya ini tak berapa suka dengannya. Dia pun menuju ke dapur memasak untuk cucunya.
Erina masih kepanasan. Dia mahu mandi tapi bilik air ada air sejuk saja. Tiada air panas. Haih, menyebalkan!
Setelah siap masak, Aminah memanggil cucunya untuk menjamah makanan tengah hari bersama. Erina keluar dengan memakai singlet sahaja. Lagipun, hanya dia dan nenek saja kan berada di rumah ini. Bogel pun tak apa.
Erina duduk di meja makan. Sebelum makan, dia mengikat rambut terlebih dahulu kemudian dia mengambil sudu terletak di sebelah pinggan.
Dia melihat makanan dihidang atas meja itu sambil berkerut. Makanan apa ini? Pizza, burger, atau western yang lain, tak ada ke? No. Erina tidak boleh makan makanan yang berkuah seperti ini. Dia memandang neneknya dengan kerutan di dahi.
"Apa ni? I don't like this food. Kau nak aku mati ke apa? Makanan macamni buatkan kolestrol aku tinggi tahu tak? Ambik balik. Aku tak suka." Kata Erina geram dengan neneknya. Dia mencampak sudu dengan kasar ke atas meja.
Aminah mengeluh sambil ambil makanan itu lalu dia tersenyum nipis.
"Baik cu, nenek masak lauk lain ya?" Erina segera menggeleng kepalanya.
"No, Aku order luar aje. Tak perlu kau bersusah payah masakkan untuk aku." Erina mula bangun dan ingin jejak ke biliknya namun langkahnya segera berhenti.
"Anyways, aku nak air panas sebab aku tak boleh mandi air sejuk. Boleh kau carikan air panas untuk aku? Aku kan cucu kesayangan kau?" Katanya sambil tergelak sinis. Dia melangkah masuk ke dalam bilik.
Che Aminah menghela nafas. Dia ambil baldi besar di bilik stor dan keluar dari rumah mencari air panas untuk cucunya.
Che Aminah berjalan sambil membawa baldi besar di belakang badannya. Wajahnya berkerut menahan sakit. Lututnya sangat sakit. Dia tidak boleh berjalan lama-lama. Maklum lah umur sudah makin meningkat, tak larat lagi berjalan jauh tetapi, demi cucunya, dia sanggup jalan sejauh ini.
YOU ARE READING
I love you, mrs.rude || LJN
Fanfic"Patutlah kurang ajar. Budak bandar rupanya." -Ryyad arayyan "Excuse me, encik mata sepet. Mulut tu jaga ya!" -Erina Sofea [Jeno fanfiction malay ver.] ATTENTION! [Slow update]