11.

19 2 60
                                    

cuti sekolah sudahpun tamat, masing-masing hadir ke sekolah seperti biasa. Rayyan berjalan kaki masuk ke dalam perkakaran sekolah. Matanya melilau memandang sekeliling. Entah cari siapa pun tak tahu.

"Iyad!" Haidar datang terus menyergah rayyan.

Rayyan dengan ketidak sengajaan, tangannya menampar pipi haidar. Pipi haidar terasa pedih. Dia duduk tersungkur akibat ditampar.

Rayyan terkejut dengan apa yang berlaku. Dia betul-betul tidak sengaja.

"Dar, kau okay tak?" Tanya rayyan.

"Kau boleh tanya aku okay ke tak? sakit lah!" Haidar menggosok pipinya pedih. Rasa seperti tamparan Cikgu disiplin.

"Padan muka. Lain kali datang bagi salam bukan main terjah aku macam tadi."

"Tolong lah aku. Bebel pulak." Rayyan menarik tangan haidar bangun dari lantai.

"Sekarang subjek apa eh?" Tanya haidar ketika mereka berjalan ingin menuju ke kelas.

"BM." Jawab rayyan sepatah.

"BM? Alah kenapa perlu BM subjek pertama?" Keluh haidar.

"Kenapa? Aku suka BM."

Haidar jeling ke arah rayyan..

"Aku tak kisah subjek BM tu yang aku kisah sekarang ni, Cikgu hamidah. Dahlah mulut becok dia tu. Benci lah aku."

"Kau tak siap latihan yang dia bagi haritu kan? Itu pasal kau benci BM first subjek."

"Macam kau baru kenal aku semalam je. Ya, memang aku tak siap kerja dia."

"Habislah kau, kena berdiri luar kelas." Ejek rayyan.

"Kau ejek aku ni kau dah siap ke?"

"Mestilah aku dah siap. Aku siapkan kat sekolah. Itulah kau, aku dah cakap siapkan je homework kat sekolah. Kalau buat kat rumah, kau tak buat. Sekarang baru nak kelam kabut."

"Pinjam buku kau."

"Eh, mana boleh tiru. Buat sendiri."

"Alah iyad, boleh lah bagi aku pinjam..... aku kan kawan kau." Haidar paut tangannya ke lengan rayyan.

"Tak boleh. Kalau nak pandai, buat sendiri jangan tiru orang." Rayyan menolak kepala haidar jauh darinya.

"Jahatnya kau iyad...." Mereka pun sampai di kelas dan duduk di tempat masing-masing.

Sesi pelajaran pertama pun bermula. Haidar didenda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Rayyan yang melihat haidar di luar kelas sambil mengangkat meja di kepala mula ketawa puas. Haidar memandang tajam ke arah rakannya itu.

Rayyan fokus kelasnya. Dia melihat meja kosong di hadapan. Dia pelik. 'Dia demam lagi ke?' Bisiknya. Dia geleng kepala membuang fikiran-fikiran tentangnya. Apa yang utama sekarang ini ialah pelajaran. Ya, lebih baik dia fokus pelajarannya.













Waktu rehat.

Haidar dan rayyan ke kantin. Mereka terkejut melihat begitu sesak kawasan kantin tersebut.

"Ramai sangatlah iyad. Kau nak makan kat sini ke?" Tanya haidar. Tangannya terletak di bahu rayyan.

"Beli makanan kat kiosk jelah." Kata rayyan.

Haidar mengangguk. Mereka berpatah balik ke kiosk tidak jauh dari kantin. Namun, masih ramai juga di kiosk itu.

"Macam mana ni rayyan. Ramai jugak lah. Asal ramai sangat manusia harini? Selalunya tak ramai macamni pun."

I love you, mrs.rude || LJN Where stories live. Discover now