"Kau ni memang suka menyusahkan orang, kan?" Erina dongak kepalanya memandang rayyan di depan.
Rayyan mengeluh lalu dia pusing ke belakang dan membongkok badannya. Erina saat ini sedang keliru. Apa yang dia sedang buat?
Rayyan lihat erina di belakangnya dan menghela nafas pendek. "Naiklah, aku tahu kaki kau cedera." Katanya sambil menepuk belakang
badannya.Erina serba salah mahu naik. Iyalah, rayyan ini boleh dikatakan kuat beriman. Takkan dia sesuka hati mahu sentuhnya?
Rayyan mengeluh lagi. "Naik aje lah. Ini darurat, so tak apa. Cepat sikit nenek sorang-sorang aje kat rumah tu."
Tanpa lengah masa lagi, erina pun terus naik ke belakang badan rayyan. Rayyan mula berdiri dan mengorak langkah ke rumah nenek erina sambil mendukungnya.
"Kau nangis ke tadi?" Tanya rayyan seperti mahu mengusik erina. Erina merengus geram.
"Mana ada! kau jangan buat fitnah eh!" Kata erina, menafikannya. Rayyan tersenyum sinis.
Fikir dia tak tahu erina sedang menangis tadi? Rupanya erina takut kegelapan. Dia sudah tahu apa kelemahan erina. Dia tersenyum lagi.
Rayyan singgah sebentar di kedai runcit. Dia menurunkan erina di bangku berdekatan dengan kedai runcit itu.
"Kau tunggu sini sekejap, aku nak beli plaster dengan dettol." Kata rayyan dan dia pun melangkah masuk dalam kedai tersebut.
Erina hanya menunggu rayyan di luar kedai sambil itu dia melihat sekelilingnya. Sunyi sepi. Hanya mendengarkan laungan suara anjing sahaja. Erina menggosok kedua bahunya menahan sejuk. Badannya mula bergetar.
Rayyan membayar harga barang yang dibeli. Kemudian, dia tersenyum ke arah pakcik yang merupakan pemilik kedai itu lalu dia pun melangkah keluar dari kedai menuju ke bangku ditempatkan erina tadi.
"Mana rayyan ni? lambatnya..." Erina masih kesejukan. Dia mengutuk diri sendiri kerana memakai tshirt pendek. Dia pun tak sangka malam ini cuaca akan sejuk.
Sedang dia melihat langit, dia berasakan badannya di sarung jaket tebal merah berjenama yosaki. Erina melihat si gerangan yang menyarung baju itu ke badannya. Dia menoleh pandangannya ke sebelah.
Rayyan mempamerkan senyuman kecil lalu dia membuka botol dettol. "Baju ni aku pinjam dari pakcik tu. Nanti kau pulangkan balik ya," Kata rayyan.
Erina menjeling. Cis, tak ikhlas tolong orang.
"Dekat sikit, aku nak sapu ubat ni."
"Tak perlu, biar aku buat sendiri." Erina membantah. Rayyan mengangguk kepala. Dia menghulur plaster dan dettol itu kepada erina.
"Nah, buatlah sendiri." Kata rayyan.
Erina membulat matanya. Biar betul dia ni? tak gentle langsung! Getus hatinya.
Alis rayyan terangkat sebelah. Erina hanya tengok sahaja barang di tangan rayyan. Justeru rayyan menghela nafasnya.
"Sini kaki kau." Rayyan menghapuskan sedikit jarak mereka. Dia melihat darah di lutut erina mula mengering, lantas dia sapu dettol pada lutut erina.
Erina merengek sakit. Rayyan mengguling biji matanya. Sakit sikit pun tak tahan.
Rayyan sapu dengan berhati-hati. Selepas itu, dia tampal pula plaster apabila sudah memastikan darah itu hilang.
Erina sedari tadi hanya memerhati setiap langkah rayyan itu.
"Okay, siap." Kata rayyan dan tersenyum dengan eye smilenya.
YOU ARE READING
I love you, mrs.rude || LJN
Fanfic"Patutlah kurang ajar. Budak bandar rupanya." -Ryyad arayyan "Excuse me, encik mata sepet. Mulut tu jaga ya!" -Erina Sofea [Jeno fanfiction malay ver.] ATTENTION! [Slow update]