🔥 Chapter 1 🔥

7 1 0
                                    

"BANGUN",


Jerit Efa suruh bangun. For your information, dia la alarm kitaorang pagi-pagi.


"Alaaa, 5 minit lagi", kataku mamai. Efa mengeluh lalu ke katil Nisah. "Nisah, bangun la sial", arah Efa lalu tarik selimutnya.


"Amboi kau. Pagi-pagi dah mencarut. Elok la tu", marah Nisah. Nisah ni susah bangun. Tapi, bila ada orang carut suruh dia bangun, memang bangun terus.


"Kau la susah nak bangun. Pergi mandi dulu. Aku nak kejut si Syah tu", kata Efa lalu ke katilku. Nisah dengan malasnya capai tuala lalu ke bilik mandi.


"Syah sayang. Bangun la. Nak pergi sekolah ni", pujuk Efa. Aku masih lagi mamai. 'Eii, geramnya', bisik hati Efa.


Ting!


Terlintas satu idea dalam otak Efa. Efa ambil tafsir lalu duduk sebelahku.


Aifa membaca surah Yaasin.


Aku terus bangun lalu memandang Efa tajam. "Dah kenapa kau baca Yasin dekat aku", marahku.


"Ingatkan dah arwah....", kata Efa tersengih.


Sentap aku. Aku terus capai tuala untuk mandi bila nampak Nisah keluar bilik mandi.


🔥


Macam biasa, aku dan dua ketul tu akan pergi DM lambat. Barisan dah kosong, jadi, aku dengan geng aku terus ambil nasi goreng, ambil air dan duduk dekat spot kitaorang.


Punya la syok tengah makan, aku tersedak bila orang menjerit.


"Ada lagi dua minit sebelum pagar asrama tutup. Siapa yang masih dekat DM sila cepat habiskan makanan", arah Ketua Umum a.k.a Khalish.


"Dah apahal dho nak jerit tiba-tiba. Dah la tak bagi salam", jeritku dari hujung DM. Dia menjeling lalu pergi. Menyampah.


"Dah la weyh. Cepat makan", kitaorang makan cepat-cepat lalu meletakkan pinggan dan cawan ke dalam besen yang disediakan.


Kitaorang ambil beg lalu jalan untuk ke assembly. Sorry, first day assembly. "Nama dan sebab kenapa lambat", tanya Khalish sinis. "Dah tahu kenapa tanya? Macam tak biasa pula", kata Nisah.


"Lantak la. First day dah kena tulis nama", kata Khalish lalu catit nama kitaorang. "Alaaa, rileks la Khalish. Macam kau tak biasa pula dengan diaorang ni", kata Penolong Ketua Umum, Hidayatul Nur a.k.a Dayah.


Dayah ni la yang selalu backup kitaorang. Dia ni ada group. It's called Guccigang.


"Yang kau nak backup diaorang asal", tanya Khalish tak puas hati. "Tu mulut dia en? Bukannya mulut kau", perli Efa. Khalish menjeling.


"Dah la. Haish, tu pun nak gaduh. Tak faham aku. Dah, cepat ke assembly", arah Dayah. Kitaorang hanya mengakur.

Our Precious Memories [HIATUS]Where stories live. Discover now