🔥 Chapter 12 🔥

3 0 0
                                    

Syah POV

Aku dan Black Rose baru lepas selfie. "Cantik siot background dia", puji Efa. "Jom selfie lagi", ajak Nisah. Baru nak buat gaya, ada orang tegur dengan sinisnya.


"Kantoi bawa phone", tegur dia dengan sinis.


Aku toleh. 'Damn! Stupid Poyonizers', carutku. "Alamak. Dah kantoi la weyh", kataku pura-pura risau. "Haah. Alaaa, aku tak kena rampas iPhone 13 Pro Max aku", Nisah ikut lakonan aku.


"Dah la banyak gambar aku dalam ni", ikut Efa juga. Aku dah menahan ketawa melihat lakonan diaorang. Pergh, hebat bhai. "Ha... ha... ha... pandai korang lakon eh", tanya Fateh.


"Haah. Memang kitaorang pandai pun. Kenapa? Jealous", tanya Efa sinis. Mulut dia memang pedas. "Tak hamak aku nak jealous", balas Fateh.


"Ehem. Aku nak tanya. Bawa phone dari sekolah ke", tanya Angah. "Oh, mana ada. Kitaorang jumpa dalam kereta kitaorang. Sebab waktu dekat rumah, aku bawa kereta ni. Then, aku tertinggal phone dalam ni", spontan Nisah balas.


"Yup. Kitaorang pula lupa nak bawa keluar", sambungku. "Ye ke? Tak tipu", tanya Angah. Aku menjelingnya. "Ye la, Angah oi. Lepas ni kau spot check aku sebelum balik asrama nanti bila dekat rumah", cabar aku.


"Okay. Nanti Angah buat", kata Angah selamba. "Dah la korang. Ni, aku nak cakap. Nanti jangan bawa balik phone tu dalam aspuri kalau tak kena rampas. Tinggal je dalam kereta", kata Khalish.


"Oh, so kitaorang melepas daripada denda la ni", tanyaku tak percaya. Biar betul?! Khalish tersenyum. "Ye". Aku dan Black Rose dah melompat gembira.


"Yes! Sayang gila kau Khalish!", kataku gembira.


Poyonizers dan Black Rose tergamam. Aku yang baru perasan apa yang aku cakap tadi terus tekup mulut. Aku pandang dia. Muka dia jelas terkejut dan... gembira?


"So, kau sayang aku la ni", usik Khalish. Muka aku membahang. "Serius la, Syah? Kenapa kau tak bagitahu aku". tanya Efa merajuk. "Whoa! Mana ada! A-aku sayang dia as kawan je la. Aku nak suka si Khalish ni? Pfftt, memang tak ah", bantahku.


Padahal dalam hati mengaku suka dia. "Hek eleh. Mengaku je la. Entah dia suka kau balik", usik Fateh. "Haah. Walaupun selalu gaduh, entah-entah ada jodoh", tambah Nisah lalu mereka semua ketawa kecuali Angah.


"Kau okay tak, Angah", tanyaku bila nampak wajah bengis Angah. "Ha, Angah okay je", katanya. Aik, dia marah ke? Sebab apa pula?


"Alang-alang dah sama-sama ni. Jom, wayang", ajak Fateh.


Aku memandangnya. "Serious la? Aku tak nak. Lagi-lagi dengan korang", bantahku. "Alaaa, apa salahnya? Sekali sekala", pujuk Khalish.


"Bagi aku masa nak bincang dengan Black Rose", aku pandang Black Rose. "So, nak tak", tanyaku. "Aku on je. Ye la, ada orang belanja", kata Efa tersengih-sengih.


"I'm fine with it as long as you're agreed", kata Nisah. Aku angguk lalu pandang Poyonizers.


"Lead the way and it will be your treat"


Kataku lalu aku dan Black Rose terus berjalan mendahului mereka. Khalish tersengih. "Setakat belanja wayang. Mesti la boleh", kata Khalish lalu pergi dengan Black Rose.

Our Precious Memories [HIATUS]Where stories live. Discover now