🔥 Chapter 15 🔥

3 0 0
                                    

Hari Isnin

Khalish POV

"Jangan lenggang-lenggok bila jalan! Dah tahu dah lambat jangan jadi siput", jeritku menyuruh semua pelajar keluar pagar asrama.


"Kau ni, chill la. Lantak diaorang la. Nanti masuk disiplin juga", kata Kashaf. "Kau faham-faham la si Khalish tu. Kalau dah jalankan tugas tu memang serius", perli Fateh.


"Kau perli aku ke", tanyaku. "Eh, tak ada la. Tengah baca buku Sains", perli Fateh lagi. "Khalish, dah boleh tutup pagar", kata Kashaf. Khalish mengangguk lalu tutup pagar dan bersedia untuk tunggu Black Rose.


"Mana diaorang ni", tanya Fateh pelik. "Tu la. Aku tak nampak pun diaorang keluar awal", kata Kashaf. "Nanti kita jumpa kita tanya la. Dah jom", ajakku untuk ke assembly.


🔥


Syah POV

Aku melihat Umi naik ke atas pentas untuk memberi ucapan. "Assalamualaikum, pelajar. Nampaknya semua sihat ye. Baiklah, Umi tengok disiplin kamu semua ni baik. Cuma ada dalam beberapa orang je yang...", macam perli Black Rose je.


"Umi nak cakap yang Form 4 dan Form 5 untuk hadir ke kem jati diri. Form 5 semua kelas terlibat manakala untuk Form 4 kelas 4U dan 4B sahaja yang terlibat. Dan kehadiran adalah WAJIB. Kecuali memang ada alasan kukuh. Umi rasa tu sahaja. Terima kasih", semua tepuk tangan selepas Umi berbicara.


Aku pandang Black Rose. "Yes, our first camping trip for this year! Can't wait", kata Nisah teruja. "Aku rasa semua okay except...", Efa berhenti menghabiskan ayatnya.


"Glitters".


Aku dan Black Rose pandang ke arah Glitters. Yup, tengah merungut.


"Weyh, aku tak nak dho", kata Didi. "Tu la nanti ada pacat. Tak nak aku, geli siot", kata Tasha pula. "Dah la kena tidur bawah khemah. Panas kot", rungut Dila.


"Huwaaa! Nanti habis muka aku yang flawless ni. Nanti tak ada siapa nak pandang muka aku yang cantik ni", kata Qas pula.


"Buat apa nak suruh orang pandang? Dah tahu muka macam beruk buat apa orang nak pandang? Dasar tak sedar diri", bidas Nisah.


"Bukan tu je. Kalau orang pandang apatah lagi lelaki, dah dapat dosa. Bila lelaki pandang kau, dan nafsu diaorang tak tahan, nak ke, kena ehem. Dah banyak ke pahala, cayang oi", bidas Efa pula.


"Lagipun, kalau muka cantik tapi akhlak teruk buat apa. Tak ada guna. Last-last orang tak tengok muka tapi akhlak", bidasku. Semua batch Form 4 pandang kitaorang sebab cakap dengan nada yang kuat.


Ye la. Kitaorang punya barisan selang dua kot. "Kau pahal ha! Korang tu cantik sangat ke", tanya Dila. Yang jadi pemerhati hanya diam. Tak berani nak menyampuk.


"Ada ke aku cakap yang aku ni cantik? Takde en", kata Efa sinis. "Dah la tak nak pergi camping. Tahu nak cantik je. Padahal pergi camping ada je yang muka cantik", tambah Nisah. Aku dah tahan ketawa.


Qas mengetap bibirnya menahan geram. Qas memandang budak yang duduk sebelah aku. "Kau bangun dan duduk tempat aku. Aku nak duduk situ", arah Qas kepada seorang Form 4 bernama Aisyah Aqilah.


"S-saya ke", tanya Aisyah gagap. "Ye. Kau la siapa lagi", marah Qas.


Aisyah dan Qas bertukar tempat. Sekarang, Qas duduk sebelahku.


Qas pandang Syah dengan penuh sinis. "Kau jangan ingat aku tak balas. Kau kan yang selama ni prank aku", marah Qas. "Kalau ye pun, kenapa? Nak dendam? Sure", balasku.


Qas tarik tudung bahagian belakangku. "Kau pahal sial nak tarik tudung aku", marah ku. Sekarang budak Form 3 pun pandang. "Ni baru sikit la bitch! Aku tak habis lagi", Qas mengangkat tangan kanannya untuk menamparku dan...


"Siti Aisyah dan Nureen Qasrina Insyirah sila berdiri", arah...


Khalish.

Our Precious Memories [HIATUS]Where stories live. Discover now