🔥 Chapter 8 🔥

3 0 0
                                    

Dah tiga hari, aku tak cakap sepatah haram pun dengan Kashah. DIa ada pujuk tapi aku buat tak layan.


"Syah tolong la maafkan aku"
"Aku sayang kau seorang je"
"Jangan la macam ni"


Ayat tu yang aku selalu dengar. Rimas!


"Weyh, korang. Nak tak kita balas dendam", tanya Nisah penuh tersirat. "Boleh juga. Dah lama aku nak kenakan Glitters tu. Tunggu arahan je", kata Efa teruja.


"Hey, kita buat dua plan. Plan A dan Plan B. Esok Jumaat, kan? So, Plan A hari Jumaat. Plan B pula Sabtu", kataku memberi kata putus.


"Okay, Ms", kata mereka serentak.


🔥


Kashah POV


Aku mengeluh.


"Haish, macam mana nak pujuk kembar aku tu", rungutku. "Oi, Kashah! Pahal kau ni?Muram je dari tadi", sapa Izz. Aku menjelingnya.


"Kau ni la. Tak reti bagi salamke apa. Buat aku terkejut kau tahu tak", marahku. Dia tersengih. "So, pahal kau ni? macam orang putus cinta je", tanya Izz.


"Mana ada. Aku couple pun tak apatah lagi nak usha perempuan", kataku. "Ni mesti tentang Syah kan", teka Izz. Aku angguk. "Tak berbaik lagi ke", aku geleng.


"Kau ni bisu ke apa? Aku tanya, geleng la angguk la cuba respon", kata Izz geram. "Entah la. Aku dah try macam-macam but nothing", kataku. Izz senyum. "Apa yang kau tak cuba lagi", tanya Izz. "Semua dah try", jawabku.


"Kau dah try buat apa yang kau dan dia suka", tanya Izz. Aku tersentak. "Haah la weyh. Macam mana aku boleh lupa dho. Thanks, Izz. Aku cayang kau", kataku.


Dia buat muka geli. "Aku bukan gay eh", kata Izz. "Hotak kau. Aku straight eh", kataku. Aku terus bangun dan pergi. Time to find it.


🔥


Syah POV


Aku duduk dekat gazebo sekolah. Study. Ceh... study la sangat. Time aku tengah menulis, ada orang duduk sebelahku. Aku pandang.


"Kashah"


Perasaan marah aku datang.Aku ambil barang aku nak pergi tapi dia block aku. "Dah pahal? Aku nak blah", kataku. "Please hear me out", ajak Kashah.


"No".


Aku nak jalan tapi dia pegang aku dan paksa aku duduk. Aku baru nak sound dia tiba-tiba ada Kinder Bueno depan muka aku. My favourite.


"Nah ambil ni. Sambil tu dengar penjelasan aku", kata Kashah. Aku mengeluh lalu ambil dan buka, terus makan. Dia tersenyum. "Cepat la cakap. Kalau tak aku blah", ugutku.


"Ye la. Aku nak minta maaf. Aku just tak suka bila kau nak tumbuk orang. Tak ke naya kalau parents dia datang nak jumpa kita. So, tolong tahan perasaan marah kau tu. Sayang? Aku tak sayang dia pun. Aku sayang kau je. My only twin. Sorry okay. I never and will never treat her as my sister. Apatah lagi nak couple dengan minah gedik tu. So, tolong la maafkan twin kesayangan kau ni", pujuk Kashah. Aku tersengih.


"Okay. Boleh dibincangkan. Tapi, kau kena tolong aku", kataku. "Apa dia", aku senyum sinis. "Tolong ajar aku buka Dark Web", kataku. Dia terlopong. "Kau ni serious la", aku angguk. "Fine", dia mengalah. Yes!


Our Precious Memories [HIATUS]Where stories live. Discover now