🔥 Chapter 17 🔥

3 0 0
                                    

Khalish POV

Aku dan Kashaf masuk ke kelas lepas kena ceramah dengan Umi. "Yo! Apahal dengan muka tu. Muram je. Dah macam hilang awek", usik Fateh.


"Kau ingat lawak? Kitaorang kena ceramah la gila", kata Kashaf geram. "Chill la weyh. Tak payah nak serius sangat. Cer cite", kata Fateh.


"Macam biasa. Kashaf dan Kashah kena ceramah tentang Syah tu. Aku pula diceramahkan jangan tarik perhatian perempuan sangat sebab aku ni handsome. Sejak bila entah aku tarik perhatian diaorang", terangku.


"Aku kesian dekat korang. Susah jugak eh ada adik yang buat masalah dan kita ni pemimpin. Buat malu je. Kalau terlebih handsome pula semua awek nak melekat dekat kau", kata Fateh.


"Dah la. Aku tak nak fikir. Lebih baik aku buat math daripada layan benda ni", kata Kashaf lalu mengeluarkan buku latihan Math.


"Weyh, korang", jerit Adam. "Apahal dho kau terjerit-jerit ni. Dah macam orang gila aku tengok kau ni", marah Lysa. Adam tersengih.


"Alaaa, macam kau tak kenal si Adam tu. Kalau dia jerit, mesti berita hangat", kata Dayah mempertahankan Adam. "Ceh, backup boyfriend nampak", usik Lysa. "Bi-biar la", kata Dayah malu.


"Hehe, thanks sweetheart. Kay, balik-balik kepada tadi. Aku dapat tahu nanti kelas kita ada murid baru", terang Adam. Kelas 5U dah riuh.


"Siapa weyh"
"Lelaki ke perempuan"
"Cantik ke"
"Handsome ke"


Pelbagai soalan dituju membuat Adam pening. "Tolong senyap sikit boleh tak? Ada orang nak belajar lepastu korang bising. Kawal la sikit kalau teruja pun. Ingat sikit, yang kita ni nak SPM", tengking aku membuatkan semua diam.


Tahu takut. "Boleh pun diam. Malu sikit dengan kelas lain apatah lagi junior. Buat malu je. Sambung Adam", arah aku. "Thanks, Khalish. Aku dapat tahu yang dia ni lelaki", terang Adam.


Semua murid perempuan dah jerit macam histeria kecuali Dayah dan Lysa. Murid lelaki pula buat muka menyampah. "Korang, Cikgu Hanisah dah sampai", kata Nawwal, ketua kelas kitaorang.


"Bangun, selamat pagi cikgu".


"Selamat pagi cikgu".


"Selamat pagi. Baiklah semua. Sebelum kita mulakan kelas, kita ada murid baru. Sila masuk dan perkenalkan diri", arah Cikgu Hanisah.


Seorang lelaki yang tinggi, putih melepak dan kacak masuk ke kelas membuatkan semua murid perempuan jerit histeria.


"Terima kasih cikgu. Selamat berkenalan, semua. Aku Daniel Mikail. Panggil Yeol. Aku tahu tak ada kena mengena tapi tu la panggilan aku. Nice to meet you guys", ucap Yeol.


"Baiklah, Yeol. Kamu boleh duduk sebelah Khalish. Our head prefect. Khalish, sila angkat tangan", pinta Cikgu Hanisah.


Aku terus angkat tangan. Yeol datang ke arahku dan aku menghulurkan tanganku untuk bersalaman dengannya. "Aku Khalish. Head prefect", kataku. "Yeol", dia sambut huluranku.

Our Precious Memories [HIATUS]Where stories live. Discover now