Aku dan Qas tengah berdiri di atas pentas menghadap Umi. Murid lain menjadi penonton. 'Aduh, mesti kena maki dengan Angah nanti', bisik hatiku.
'Aku tak sangka diaorang pandang kita tadi. Ingatkan tak perasan', bisik hati Qas. "Boleh tolong bagitahu siapa yang mula dulu", tanya Umi.
Aku dan Qas terus tunjuk antara satu sama lain. "Kau yang mula dulu kan", tanya Qas. "Aku pula. Kau la dok merungut tentang camping tu", balasku. "Lantak aku la nak merungut ke tak", kata Qas.
"Masalahnya kau merungut kuat tahu tak. Sampai kelas aku boleh dengar", marahku. "Haish, kamu berdua ni. Bila nak berbaik? Pening Umi tengok kamu berdua", keluh Umi.
"Qas, apa yang kamu benci sangat dekat Syah ni", tanya Umi. "Dia selalu kacau saya dan prank saya. Bukan tu je, dia rampas hak saya", terang Qas geram.
"Kalau kau tak kacau aku, aku tak prank kau la bodoh! Dan sejak bila aku rampas hak kau pula ni", tanyaku. Ha, kan dah tercarut depan Umi.
Khalish yang berada di tempat MC terus cover malu. Gaduh sebab dia rupanya. "Sejak bila aku rampas Khalish tu? Aku tak suka dia la bengong. Kalau kau suka dia, pergi la mengaku. Tu ha, dia dekat situ je. Lepastu kahwin terus", luahku. Geram.
"Cukup! Kamu ni tak tahu malu ke? Mulai hari ni, Qas kamu digantung sekolah. Balik ni terus pack barang dan balik. Kamu akan digantung sampai la buka sekolah. Kerana gaduh sebab lelaki dan jerit di atas pentas. Muktamad", arah Umi tegas.
Qas tercengang termasuk Glitters di bawah.
"Syah, kamu pula perlu bersihkan DM setiap kali lepas makan selama 3 hari termasuk hari ni", arah Umi. Aku tersenyum. "Okay".
Alaaa, setakat cuci DM petik jari je. Aku boleh buat lebih dari tu. Wow, jangan riak. "Kamu boleh turun. Kashah, Kashaf dan Khalish sila ke pejabat Umi lepas ni", arah Umi.
Aku dan Qas masuk ke barisan semula. Aku sempat terserempak dengan Angah. "Kau memang cari masalah", bisik Angah. "Kau ingat aku kisah", dengan ayat tu aku terus pergi.
Aku mengeluh.
"What a day".
YOU ARE READING
Our Precious Memories [HIATUS]
RomancePrank orang, melanggar peraturan sekolah, suka fly, ponteng assembly, lepak dekat luar adalah hidup aku. Aku Siti Aisyah binti Dato' Abdul Lau Zaie. Member panggil aku Syah. Aku diberi gelaran Queen of Hell. Member aku ada dua orang. Black Rose mest...