Bahagian 1

885 44 6
                                    



" Tolonglah...tolong jangan buat macam ni...." Rayu seorang pemuda sambil melutut. Dihadapannya ada empat orang lelaki berpakaian serba hitam. Seorang daripadanya duduk bersandar dan bersilang kaki pada kerusi. Lagaknya seperti seorang yang berkuasa. Mungkin dia adalah ketua dari kumpulan lelaki-lekai ini. Seorang daripadanya seorang lelaki berbangsa india yang agak sedikit berusia. Dia setia berdiri disebelah belakang lelaki yang tadi duduk di kerusi. Dua lagi merupakan lelaki berbangsa melayu yang masih muda. Mungkin sebaya dengan si ketua. Kedua-dua lelaki ini berbadan sasa. Seorang tinggi lampai, dan seorang lagi agak rendah sedikit. Di perkarangan rumah kayu itu pula dipenuhi beberapa buah kereta mewah dan beberapa lagi orang lelaki berbadan tegap, setia menunggu di luar. Keadaan rumah ini kini sedikit tegang dan suram. Hanya kedengaran samar-samar esak tangis si pemuda.

" Rumah ni, tanah ni....ayah kau dah cagarkan pada kami. Kami mahu kau kosongkan rumah ni segera. Rumah ni dah jadi milik kami." Jerkah si lelaki tinggi lampai yang berdiri di sebelah kanan si ketua.

" Tolonglah....inilah satu satunya harta yang arwah ayah saya tinggalkan. Tolonglah....saya tak ada tempat lain lagi dah nak pergi. Tolonglah...saya merayu..." Rayu pemuda yang berusia awal 20-an itu lagi. Air matanya berjujuran jatuh tanpa dapat dia kawal. Dia betul-betul terdesak. Betul-betul merayu. Arwah ayahnya baru sahaja pergi meninggalkannya sendiri bebarapa hari lepas. Kini dia tinggal sebatang kara. Hanya rumah ini sahaja yang ada untuknya berteduh. Tiba-tiba ini pula yang terjadi. Dia langsung tak tahu yang ayahnya berhutang dengan lintah darat dan rumah ini sebagai cagarannya.

" Kalau kau tak nak kami ambil tanah ni, boleh... boleh... tapi, kau langsaikan hutang bapak kau tu." Ujar si lelaki tinggi lampai lagi. Memang dari tadi hanya si lelaki ini sahaja yang berkata-kata.

" Be...berapa hutang ayah saya?" soal pemuda itu pula.

" Satu Ratus Ribu..."

" Seratus ribu?!" pemuda itu kaget.

" Saya tak ada duit sebanyak tu...tolonglah....kesiankanlah saya." Rayunya lagi.

" Kalau tak ada duit...berambuslah dari rumah ni." Jerkah lelaki itu kembali sambil mula mengangkat tangan cuba mahu menggunakan kekerasan. Pemuda tadi mula kecut perut. Tangannya secara sendiri terangkat bersilang ke atas kepalanya. Cuba menghalang apa-apa yang bakal mengenai kepalanya.

"Nanti...!" pintas si ketua ringkas dan tegas. Suaranya kuat, namun mendatar. Si lelaki tinggi lampai yang tadi mula mengangkat tangan terbantut tindakannya. Masing-masing kini menumpu perhatian si ketua.

" Siapa nama kau?" soal si ketua.

"Fir...Firman..." jawab si pemuda ragu-ragu dalam esak tangis. Si ketua hanya diam. Dia lantas menanggalkan cermin mata hitam yang dipakainya dan memerhati wajah Firman lama.

" Iman?" soalnya pula. Firman kaget. Perlahan dia mengangguk. 'dari mana lelaki ini tahu nama samaran aku?' soal Firman sendiri. Namun soalan itu hanya berlegar dalam fikirannya sahaja.

Si ketua menarik nafas dalam sebelum dia kembali bersandar.

" Uncle Ram, stay. Yang lain keluar..!" arahnya.

" Baik tuan." Ujar dua orang lelaki yang berdiri di kiri dan kanan si ketua. Dua orang lelaki itu termasuk si tinggi lampai mula meninggalkan ruang tamu rumah kayu itu dan lantas mengatur langkah keluar.

Firman masih duduk berlutut. Pandangannya dihala ke lantai. Rasa gerun dia ingin memandang mata dengan si ketua yang mungkin hanya setahun atau dua tahun lebih tua darinya.

" Kau nak rumah ni?" soal si ketua. Firman mendongak sedikit.

" Tolong tuan, tolong jangan ambil rumah ni..." Firman masih lagi merayu.

Desperate For LoveWhere stories live. Discover now