Bahagian 4

426 28 2
                                    


Firman melangkah kaki masuk ke dalam sebuah restoran mewah. Dibelakangnya Uncle Ram menyusul. Dia kini kemas memakai sut yang disediakan Eddy di biliknya tadi. Sesekali Firman menoleh ke belakang melihat Uncle Ram. Dia gusar. Seumur hidup, ini pertama kali dia masuk ke restoran sebegini.

" Welcome Sir, we're expecting you." Sapa seorang pelayan sopan. Firman hanya pandang dia dan mengangguk sedikit.

" This way sir.." ujar pelayan lelaki itu lagi sambil memandu arah. Dia membawa Firman ke satu sudut restoran. Pandangan Firman akhirnya tertancap pada seorang lelaki yang sedang berdiri di tepi tingkap kaca dan menghadap ke luar.

" Sir...your date is here.." panggil pelayan itu. Lelaki itu menoleh. Firman terkesima. Lelaki itu kelihatan sangat kacak malam ini. Lelaki itu tersenyum pada Firman.

" Thank you.." ujar lelaki itu pada pelayan tadi.

" Welcome. Your food will be served shortly." Balasnya lagi sebelum dia berlalu pergi kembali ke belakang. Firman pandang dia hingga dia hilang dari pandangan.

" You look good. Handsome." Puji Eddy. Firman jadi malu bila dipuji.

" Kenapalah susah-susah awak bagi saya baju ni. Boleh je kan pakai baju apa-apa pun." Balas Firman cuba menutup perasaannya. Eddy tersenyum.

" Awak mana ada sut lengkap macam ni. Lagi pun, kalau awak pakai baju biasa, tak kena la.."

" Kena?"

" Yeah....with the atmosphere..." balas Eddy. Firman keliru. Eddy tergelak kecil.

" Come.." pelawa Eddy sambil memimpin tangan Firman. Eddy membawa Firman ke sebuah meja yang sudah siap berhias cantik. Siap dengan lilin. 'Jadi inilah atmosphere nya.' Getus hatinya.,

Eddy lantas menarik kerusi dan mempelawa Firman duduk. Kerusi dirapatkan sedikit perlahan-lahan sebaik Firman mula melabuhkan punggung. Sangat 'Gentlement'. Eddy kemudiannya mengambil pula tempat di hadapan Firman. Firman berasa janggal. Rasa pelik. Tak pernah dia di pelakukan sebegini. Tapi dalam masa yang sama dia rasa seronok juga dilayan sebegini.

" Tuan, Uncle tunggu di luar. If you need anything just call me." Celah Uncle Ram. Eddy dan Firman serentak memandang Uncle Ram. Hampir terlupa yang Uncle turut berada disitu.

" Okay Uncle." Balas Eddy.

" Thanks Uncle." Ucap Firman pula. Uncle Ram lantas mengatur langkah keluar. Firman menghantar Uncle Ram dengan pandangan sehingga Uncle Ram hilang dari pandangan. Selepas itu matanya melilau memandang sekeliling restoran mewah ini. 'Kenapa tak ada orang eh?' soalnya sendiri.

" Saya dah book the whole restaurant just for us tonight." Ujar Eddy. Firman kaget. 'Dia dengar k e pa yang aku fikir?'

" Dari wajah awak tu, saya dah tahu apa awak fikir." Ujar Eddy lagi. Firman kaget lagi.

" Excuse me Sir.." celah pelayan tadi yang kini menuangkan air ke dalam gelas tinggi di hadapan Eddy dan Firman.

" Thank You." Ucap Eddy.

" You're Welcome." Balas pelayan itu sebelum dia berlalu pergi kembali ke dapur. Eddy lantas mencapai gelas tinggi itu sebelum dihirup perlahan. Firman hanya memerhati. Dia menelan liur. 'Air apa ni?' soalnya sendiri. Risau kalau-kalau ini minuman keras.

" Jangan risau. Warna je macam wine. Tapi ni, Ribena." Balas Eddy.

" Ha?" Firman kaget. Eddy mengangguk.

" Cuba rasa.." balas Eddy. Dengan takut-takut, Firman mencapai gelas tinggi itu. Perlahan dibawanya gelas berisi air berwarna maroon pekat itu dekat ke wajahnya. Dia menghidu sedikit. ' Bau macam biasa hidu.' Getus hatinya sendiri. Perlahan dia membawa gelas itu kemulutnya dan mula merasa sedikit.

Desperate For LoveWhere stories live. Discover now