Bahagian 2

555 29 6
                                    


Firman sibuk membancuh air di dapur. Dia baru sahaja siap membuat sarapan pagi. Sesekali dia melirik memandang bilik Eddy. Dia ada terdengar Eddy bercakap, mungkin dengan telefon. Sesekali dia ada terdengar Eddy meninggikan suara. Entah apa yang jadi agaknya.

Firman agak terkejut bila pintu bilik Eddy dibuka kasar seketika kemudian. Dia rasa sedikit cuak. Dia tahu, mood Eddy tidak berapa baik. Risau kalau-kalau dia sendiri terkena tempiasnya.

Eddy yang perasan Firman sedikit cuak mula mengendurkan sedikit emosinya. Dia menarik nafas dalam sebelum dia mendekati Firman.

" Morning Sayang." Sapanya mesra. Firman cuba menguntum senyum.

" Morning..." balasnya ringkas. Eddy lantas duduk di meja makan. Kot hitam yang tadi dibawanya diletakkan elok pada kerusi kosong disebelahnya. Dia segak dengan kemeja dan tali lehernya seperti selalu. Firman hanya memerhati Eddy. Kacak seperti selalu. Cuma kadang-kadang dia terfikir, perlu ke 'Ah Long' sepertinya sesegak ini? Cuma pagi ini kekacakannya itu terganggu. Wajahnya agak tegang. Entah apa yang mengganggu fikirannya pagi-pagi ini. Mesti berpunca dari panggilan telefon tadi.

" Hmm...Awak okay?" soal Firman. Cuba mengambil berat. Eddy pandang Firman sebelum dia tersenyum. Senang rasanya bila Firman mengambil berat begitu. Wajahnya yang tegang tadi berunsur tenang semula.

" Saya okay. Thanks for asking. Sorry kalau saya buat awak takut." Balas Eddy. Firman hanya tersenyum.

" Erm...saya masak mihun goreng. Awak nak?" soal Firman.

" Sure." Balas Eddy. Firman lantas menyenduk sedikit mihun goreng yang dimasaknya tadi ke dalam pinggan dan dihulurkan pada Eddy. Air kopi yang dibancuhnya tadi juga dituangkan ke dalam cawan dan dihulurkan pada Eddy.

" Thanks, sayang." Ucap Eddy selamba. Firman jadi malu bila dia dipanggil sayang. Walau pun ini bukan kali pertama dia dipanggil begitu, tapi dia tetap rasa janggal dan malu. Untuk seketika, masing-masing hanya diam menikmati sarapan pagi.

" Iman, malam ni mungkin saya tak balik. Awak tak perlu tunggu saya." Ujar Eddy. Firman mendongak memandang Eddy.

" Ohh...okay. Hmmm...kalau macam tu, lepas kerja nanti, saya nak balik rumah arwah ayah saya boleh? Dah lama saya tak jenguk rumah tu. Lagi pun esok saya tak kerja." Firman meminta izin.

" Okay, nanti saya minta Uncle Ram hantar."

" Eh...tak pe, saya boleh pergi sendiri."

" No, Uncle Ram akan hantar." Tegas Eddy.

" Awak takut saya lari ke?" duga Firman. Eddy berhenti menyuap. Dia pandang Firman. Firman jadi sedikit cuak. 'Aduh...aku dah salah cakap.' Eddy menarik nafas dalam sebelum dia meletakkan semula sudu dan garfu yang tadi dipegangnya.

" Awak tak akan lari. Saya tau. Awak nak kan rumah tu. Rumah tu segala-galanya untuk awak." Balas Eddy. Firman tertunduk.

" Uncle Ram akan hantar. End of discussion." Ujar Eddy tegas. Firman hanya diam. Ya, dia tahu. Eddy sangat bossy. Kalau dia kata A, maksudnya A. Tak akan pernah jadi B atau C.

" Okay, saya pergi dulu. Thanks for the breakfast." Ujar Eddy sambil dia bangun dari kerusi dan mencapai kot hitam yang tadi disangkutkan di kerusi sebelahnya. Sempat dia melirik pada Firman yang masih tertunduk sambal menguis-nguis mihun di atas pinggannya. Eddy tersenyum kecil. 'Comel' getus hatinya. Dia lantas mendekati Firman dan lantas mengusap lembut kepala Firman. Firman mendongak sedikit sebelum dia kembali tertunduk dan membiarkan usapan itu.

" Nanti, Uncle Ram hantar. Bukan saya tak percayakan awak, cuma saya tak nak jadi apa-apa pada awak." Sempat Eddy berpesan sebelum dia berjalan meninggalkan rumah tersebut. Firman hanya menghantar Eddy dari ekor mata sehingga Eddy hilang di balik pintu.

Desperate For LoveWhere stories live. Discover now