Eddy duduk memeluk lutut di sudut bilik. Tubuhnya menggeletar. Di luar, kedengaran suara ibunya dan beberapa orang lelaki sedang bertengkar. Tadi lelaki-lelaki itu menceroboh masuk ke rumahnya. Mereka marah-marah. Eddy jadi takut. Dia tak tahu apa yang berlaku. Tapi, dia tahu, dia dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.
Seketika kemudian, pintu biliknya dibuka. Eddy tersentak. Kelihatan ibunya datang mendekat. Wanita yang masih diusia awal 30an itu datang mendekat ke arah anaknya yang baru menginjak usia 12 tahun.
" Eddy...." Panggil wanita itu lembut. Eddy hanya mendongak dan memandang ibunya. Di belakang ibunya kelihatan dua orang lelaki berjaket hitam berdiri tegak memandang ke arah mereka berdua. Seorang lelaki berbangsa India dan seorang lagi seorang berbangsa cina.
" Eddy....mulai hari ni, Eddy kena tinggal dengan uncle-uncle ni." Ucap ibunya lembut. Eddy menggelengkan kepala.
" Tak nak....Eddy tak nak....Eddy nak duduk sini dengan ibu." Raung Eddy. Air matanya mula mengalir. Firasatnya tadi benar.
" Tak boleh....Eddy kena tinggal dengan mereka. Eddy anak ibu budak baikkan. Dengar cakap ibu." Pujuk ibunya yang kini juga turut mengalirkan air mata.
" Tak nak....Eddy tak nak..."
" Ahh...lambat!!! Sini kau budak.!!" Sergah lelaki cina tadi kasar sambil menghampiri pasangan ibu dan anak itu. Tangan Eddy direntap kasar.
" Tak nak!!! Ibu...tolong Eddy!!...Ibu...!!" raung Eddy kuat. Tubuh kecilnya didukung kasar oleh lelaki itu.
" Diam!!!" marah lelaki itu.
" Ibuuu...!!!!!"
*******
Eddy terjaga dari tidurnya. Nafasnya laju. Jantungnya berdegup kencang. Peluh dingin membasahi tubuhnya. Eddy lantas bangun dan duduk. Mimpi itu datang lagi. Sudah lama dia tak mimpikan peristiwa itu. Belakangan ini mimpi itu kerap kembali. Mungkin kerana perbualannya dengan Firman di bukit beberapa hari lepas. Eddy meraup wajahnya. Cuba untuk menenangkan semula dirinya.
" Ibu..." panggilnya perlahan.
~~~~~~~~~~~~~~~
Firman sibuk membancuh air di dalam teko. Sesekali dia melirik memandang ke arah bilik Eddy. Kemudian dia melirik pula memandang ke arah jam dinding. Dia rasa hairan. Selalunya waktu macam ni Eddy dah keluar. Tapi pagi ini...
Belum pun sempat Firman menghabiskan kata-kata dalam kotak fikirannya, pintu bilik Eddy dikuak perlahan. Eddy muncul di balik pintu dan berjalan perlahan ke arah meja makan. Firman pandang Eddy. Ada yang tak kena.
" Morning." Ucap Eddy perlahan sambil dia duduk di meja makan.
" Morning." Balas Firman sambil dia juga berjalan perlahan ke arah meja makan sambil membawa teko berisi kopi yang baru dibancuhnya tadi.
" Awak okay?" soal Firman. Eddy mendongak memandang Firman. Firman kini dapat melihat wajah pucat Eddy dengan jelas. Eddy memberikannya senyuman yang jelas nampak dipaksa.
" Okay...cuma rasa sakit kepala sikit." Balas Eddy. Firman mengangguk faham. Usai dia menyendukkan nasi goreng ke dalam pingggan Eddy dia lantas bangun semula dan menuju ke peti ais. Eddy hanya perhatikan dia. Seketika kemudia, Firman kembali bersama segelas air putih dan pil paracetamol. Ubat dan air itu di letakkan di sebelah Eddy.
" Lepas makan, awak makan ubat ni." Ucap Firman ambil berat. Eddy tersenyum senang. Terharu pula rasanya.
" Thanks awak." Balas Eddy.
YOU ARE READING
Desperate For Love
RomanceFirman masih duduk berlutut. Pandangannya dihala ke lantai. Rasa gerun dia ingin memandang mata dengan si ketua yang mungkin hanya setahun atau dua tahun lebih tua darinya. " Kau nak rumah ni?" soal si ketua. Firman mendongak sedikit. " Tolong tuan...