Bahagian 7

349 24 3
                                    


Eddy mengelap rambutnya yang basah. Dia baru sahaja selesai mandi. Tiba-tiba dia terdengar suara orang menyanyi di ruang tamu. Dia tergelak kecil. Pasti itu Firman. Eddy lantas mencapai baju T dari dalam almari dan lantas disarung ke tubuh sasanya. Sempat dia merapikan sedikit rambutnya sebelum di mengatur langkah keluar.

Pandangannya kemudian melekat memandang Firman yang sedang rancak menyanyi dan menari sambil menjadikan batang penyapu yang dipegangnya sebagai mikrofon.


" Satu dua tanda tanya

Banyak persoalan yang terlintas

I wonder how to tell you this

Aku malu padamu

Ku pejam mata

Terlihat bahagia akan tiba

Bersamamu yang terindah

Semua pasti bahagia..."


Eddy bersandar pada dinding sambil bersilang tangan. Dia hanya memerhati telatah Firman. Dia senyum sendiri.

" Eh...awak..." Firman jadi salah tingkah. Hampir saja dia tersadung kaki sendiri dek terkejut dengan Eddy. Dia jadi malu.

" Se...sejak bila awak berdiri kat situ?" soal Firman malu. Eddy masih tersenyum.

" Quite awhile. Nyanyilah lagi, tak tahu pulak saya awak pandai nyanyi." Tambah Eddy.

" Eee.....awak ni, tak baiklah." Sanggah Firman yang menganggap Eddy memerlinya.

" Eh...betullah...sedap suara awak. Tu lagu siapa eh. Sorry, saya jarang dengar radio." Soal Eddy lagi.

" Erm...Khai Bahar..."

" Khai who?" soal Eddy yang memang kurang mengenali artis-artis tanah air.

" Erm...tak ada siapalah....erm....awak nak breakfast ke? Tapi ada roti je. Barang dapur banyak dah habis. Saya tak boleh nak masak." Balas Firman mengubah topik. Wajahnya masih merona merah. Eddy masih tersenyum.

'Comel.' Getus hatinya.

" Barang semua dah habis?" soal Eddy pula. Firman hanya mengangguk.

" Uncle Ram tak hantar barang ke?" soal Eddy pula.

" Kejap lagi kot. Saya baru je bagitahu dia pagi tadi barang dah habis."

" Hmm....tak pe, awak bagitahu Uncle, tak payah hantar. Kita keluar. Beli barang." Arah Eddy.

" Ki...kita?" soal Firman mencari kepastian.

" Hmm....kenapa? tak sudi ke nak keluar dengan saya?" soal Eddy pula.

" Eh...tak...okay je. Hmm...nak keluar bila?"

" Sekarang. Kita boleh breakfast sekali dekat luar." Ajak Eddy.

" Ooo...haaa....okay. Jap, saya pergi siap-siap." Ujar Firman teruja.


~~~~~~~~~~~~~


Firman duduk di meja makan. Dia termenung. Sesekali di kerling ke arah jam dinding. Jam menunjukkan hamper pukul 9.30 malam. Dia kini sendirian di rumah. Eddy masih belum pulang. Fikirannya tak tenang. Dia asyik memikirkan apa yang berlaku ketika dia keluar bersama dengan Eddy siang tadi.


(imbas kembali)


Firman menyedut laju kopi latte ais yang baru dipesannya.

Desperate For LoveWhere stories live. Discover now