Eddy pandang rumah kayu satu tingkat ini lama. Fikirannya melayang jauh mengingat kembali pertama kali dia menjejakkan kaki ke sini.
" Awak..." panggilan dari Firman mengejutkan Eddy dari lamunannya. Dia lantas berpaling memandang ke arah Firman.
" Kenapa tu? Jom lah masuk." panggil Firman teruja. Eddy tersenyum kecil. Bahagia betul Firman dapat balik ke rumah ini. Firman lantas memulas tombol pintu yang telah dibuka kuncinya tadi. Firman melangkah masuk.
" Assalamualaikum." sempat Firman memberi salam. Eddy hanya mengikutnya dari belakang. Eddy masih tak lepas memerhati tingkah Firman. Senyuman dibibirnya tak hilang dari tadi. Seronok betul dia dapat balik ke rumah ni. Firman lincah membuka tingkap-tingkap berdaun kayu di rumah itu. Membenarkan cahaya matahari masuk menerangi segenap ruang.
Pandangan Eddy kemudiannya tertancap pada bangku yang terletak elok di ruang tamu. Memorinya kembali menerawang ke masa lalu.
" Awak..." panggil Firman. Eddy lantas memandang ke arah Firman.
" Kenapa?" Soal Firman.
" Hmm?...tak...saya cuma....teringatkan sesuatu." balas Eddy. Firman mengerutkan dahi keliru.
" Teringatkan apa?" soal Firman. Eddy tersenyum.
" Tu....kerusi tu." ujar Eddy sambil menunjuk ke arah bangku rotan yang dilapik kemas dengan kusyen bersarung biru. Firman turut memandang ke arah bangku rotan tersebut.
" Awak ingat tak....kat kerusi tu la saya duduk. Lepastu, awak melutut kat depan saya, menangis...merayu." ujar Eddy lembut. Firman diam. Senyuman di wajahnya mula memudar. Eddy perasan perubahan pada wajah Firman itu. Dia lantas menghampiri Firman. Perlahan dia mencapai bahu Firman dan dipusingkan perlahan supaya Firman menghadapnya. Firman tertunduk.
" Saya minta maaf." ucap Eddy ringkas. Firman lantas mendongak pandang Eddy.
" Maaf?" soal Firman. Eddy bungkam.
' Maaf sebab buat hidup awak macam ni.' bisik hatinya sendiri. Entah kenapa berat pula rasa bibirnya mahu mengungkapkan itu.
" Maaf sebab saya budak-budak saya tengking awak masa tu, sampai awak nangis." ujar Eddy sambil tersenyum mengusik. Cuba mematikan galau dalam hatinya saat itu. Firman tergelak kecil.
" Garang betul Joe waktu tu kan." ujar Firman. Kini Eddy pula yang ketawa kecil.
" Yeah....Joe memang garang." Eddy mengiyakan.
" Bila ingat balik kan.....saya tak pernah nampak Joe Senyum." ujar Firman lagi.
" Dia memang macam tu. Kurang bercakap. Kurang mesra. Tapi dia bagus. Buat kerja bagus." tambah Eddy. Firman hanya mengangguk bersetuju.
" Anyway, malam ni kita nak dinner apa?" soal Eddy menukar topik. Firman kalih pandang ke arah Eddy.
" Ermm....awak nak saya masak ke atau nak kita makan kat luar?" soal Firman.
" Hmmm...ikut awaklah. Tapi kalau awak masak lagi best." balas Eddy. Firman tersenyum.
" Okay...tapi kita kena keluar beli barang dulu. Rumah ni mana ada apa-apa nak masak."
" Boleh je....bila nak keluar?" soal Eddy pula.
" Kejap lagi. Tapi....sebelum tu...saya nak bawak awak pergi satu tempat ni.." ujar Firman ceria. Eddy tersenyum melihat Firman. Comel bila dia senyum macam tu.
" Pergi mana?" soal Eddy.
~~~~~~~~~~~~~~
YOU ARE READING
Desperate For Love
RomanceFirman masih duduk berlutut. Pandangannya dihala ke lantai. Rasa gerun dia ingin memandang mata dengan si ketua yang mungkin hanya setahun atau dua tahun lebih tua darinya. " Kau nak rumah ni?" soal si ketua. Firman mendongak sedikit. " Tolong tuan...